New York – iPhone 6 bakal dilancarkan pada minggu depan iaitu 9 September ini, namun bagi peminatnya mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pemilik telefon berkenaan lebih awal.
Bagi tujuan itu, ada yang sanggup mengupah orang lain untuk beratur mulai sekarang di depan Apple Store.
Antara yang mengambil kesempatan menjadikan pelancaran iPhone 6 sebagai peluang perniagaan ialah sepasang suami isteri, Jason dan Moon Ray.
Pasangan itu yang berasal dari Austin itu tiba di New York dan dibayar untuk beratur di depan bangunan tersebut.
Mereka telah diupah oleh sebuah syarikat applikasi iaitu Video Medicine.
Dengan memakai kemeja t yang ditaja, mereka beratur di situ hingga pada hari pelancaran.
Mereka menggunakan bangunan YMCA untuk mandi.
Seorang lagi yang dibayar untuk beratur itu ialah Joseph Cruz dan dia turut disertai oleh sepupunya.
“Saya mempunyai pengalaman dalam perkata ini. Saya telah melakukannya setiap tahun sejak lima tahun lalu. Kali pertama melakukannya, saya beratur selama dua minggu.
“ Saya dan sepupu saya melakukannya untuk pengalaman dan kami tahu kami akan ditaja oleh individu atau syarikat aplikasi,’’ katanya yang turut mendapat wang dan makanan percuma daripada penaja.