• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kastam’ Maut Ditembak Ketika Upacara Sembahyang Kematian

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila ditembak ketika berada di sebuah rumah untuk menjalankan upacara sembahyang kematian di Tingkat Selamat 2, Kampung Selamat di sini malam tadi.

Lee Wooi Shong yang juga digelar ‘Kastam’, 34, mati di Hospital Kepala Batas pada pukul 2.20 pagi ini akibat terkena tembakan di badan dan belakang kepala manakala rakannya yang berusia 38 tahun, cedera di kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim hari ini berkata rekod polis menunjukkan Kastam mempunyai dua rekod jenayah berkaitan judi.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki datang ke kawasan rumah berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Lee serta rakannya yang berada di situ.

Polis menemui tiga kelongsong peluru jenis 9mm Thai Arms di tempat kejadian, katanya.

Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang melepaskan tembakan itu meletakkan kenderaannya di luar kawasan rumah berkenaan sebelum berjalan kaki ke kediaman itu dan melepaskan tembakan.

Abdul Rahman bekata orang ramai yang berada di rumah itu cuba mengejar lelaki berkenaan bagaimanapun gagal.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengetahui punca sebenar motif kejadian,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan suspek yang melepaskan tembakan itu giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Kastamkes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd