Syarikat tempatan, SNS Network dan Intel Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan salah satu tablet baru mampu milik yang dinamakan sebagai Joi8.
Menariknya seperti beberapa peranti lain, kini beberapa maklumat berkaitan dengannya telah pun sedia tertiris.
Tablet yang memfokuskan kepada perniagaan dan juga multimedia ini hadir menggunakan cip Intel Atom, memori sebanyak 1GB DDR3, ruangan storan 16GB, dan menggunakan skrin bersaiz 8-inci.
Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan sokongan slot mini-HDMI untuk memudahkan anda membuat persembahan menggunakannya.
Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan sistem operasi khusus Windows 8.1 Bing yang mana merupakan salah satu sistem operasi daripada Microsoft yang ditawarkan untuk pengeluar dalam hadir dengan peranti pada harga rendah dan menawarkan sistem operasi Windows.
Ia turut menyertakan Office 365 Personal untuk pengguna mengakses dokumen dan sebagainya menggunakannya.
Kebanyakkan info ini telah sedia hadir pada laman rasmi SNS, dan hari ini, melalui sebuah gambar yang hadir ke arena web, ia dilihat peranti ini akan membawakan harga sekitar RM499.
Sekaligus menjadikannya sebagai salah satu tablet berasaskan Windows 8.1 yang berbaloi untuk dimiliki.
Pihak SNS dan Intel Malaysia dijangka akan berkongsi maklumat lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi dan sama-sama kita nantikan buat julung kalinya tablet pertama Malaysia ini.
Sumber: lowyat.net
Oleh: hzqahmd