• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jobs Malaysia: 482 Pesara Dalam Pelbagai Sektor Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia berjaya menempatkan 482 pesara yang berdaftar dengan portal Jobs Malaysia dalam pelbagai sektor pekerjaan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja, Junaidah Tukiman berkata pesara kerajaan dan swasta itu ditempatkan antaranya dalam sektor pengurusan, profesional, pertanian, perkhidmatan penjualan, pekerja mahir dan operator loji bergantung kepada kelulusan akademik.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pada Karnival 1Pesara di sini hari ini, beliau berkata daripada jumlah itu, 369 ialah pesara lelaki dan selebihnya perempuan.

Menurut Junaidah golongan pesara merupakan pemohon minoriti dalam portal Jobs Malaysia iaitu kira-kira 557 orang daripada keseluruhan pemohon iaitu 403,906 pemohon siswazah dan bukan siswazah.

“Setakat ini, kita tidak menetapkan sasaran jumlah pesara yang akan mendaftar dengan Jobs Malaysia kerana program (pengambilan pesara awam ) ini baharu dilancarkan beberapa bulan lepas di bawah program Sokongan Pesara Perkhidmatan Awam 1Malaysia (1MCSRS),” katanya.

“Mereka perlu mendaftar di portal 1MCSRS terlebih dahulu. Kemudian Jabatan Perkhidmatan Awam akan saring dan hantar kepada Kementerian Sumber Manusia menerusi Jobs Malaysia. Jobs Malaysia akan tawar padanan kerja melalui program yang kita ada,” katanya.

Mengenai Karnival 1Pesara, Junaidah berkata enam syarikat yang turut serta dalam karnival itu juga menyediakan pelbagai peluang pekerjaan atau perniagaan untuk pesara.

Sementara itu, jurucakap The Store Corporation Bhd (he) berkata bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa di pasar raya mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan pesara.

“Kita mempunyai 74 cawangan di seluruh negara yang mempunyai kekosongan khususnya sebagai pengawal keselamatan atau juruwang. Jika kita tidak ambil pesara siapa lagi yang mahu kerja kerana anak-anak muda juga tidak berminat dengan kerja seperti ini yang dikatakan tidak bebas dan penat,” katanya.

Bakal pesara SUPT Hanafi Daud, 59, berkata beliau berhasrat menceburi perniagaan restoran makanan francais selepas bersara kelak.

Ketua Unit Pengajian Siasatan Jenayah Komersial Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras itu berkata Karnival 1Pesara memberi peluang kepada bakal pesara sepertinya merancang aktiviti selepas bersara.

“Tetapi bagi saya ceramah perancangan selepas bersara perlu dilakukan lebih awal supaya kami boleh merancang lebih awal apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Karnival 1Pesara, yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) itu memberi ruang kepada pesara dan bakal pesara mendapatkan maklumat mengenai faedah dan ganjaran persaraan yang disediakan untuk kemudahan mereka.

Pelbagai aktiviti diadakan sejak semalam dan berakhir hari ini antaranya seminar pengurusan dan pembangunan keusahawanan, klinik pemeriksaan dan penjagaan kesihatan, padanan kerjaya serta pameran agensi kerajaan dan swasta.

Ia dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. – BERNAMA

Tags: Pesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

20/09/2025
0

Kuala Terengganu: Warga emas yang juga pesara swasta kerugian RM76,740 apabila terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd