• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Selangor Ibarat Kertas UPSR Bocor – Pemuda PAS

oleh Ahmad Albab
13/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pengundi di Pengkalan Kubor diberitahu bahawa isu Menteri Besar Selangor boleh diibaratkan seperti kejadian kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kemelut Pakatan Rakyat di Selangor adalah ujian biasa untuk PAS, PKR dan DAP yang masih baharu dalam mentadbir negeri, justeru rakyat tidak perlu bimbang.

“Jangan bimbang perkembangan di Selangor, ini perkara biasa.

“Macam budak-budak ambil UPSR, baharu nak matang, nak masuk sekolah menengah…samalah dengan Pakatan Rakyat yang baharu nak masuk lima tahun, cuma kita tak ada kertas bocor macam UPSR,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di sini, malam Jumaat.

Hadir sama Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad serta pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat negeri.

Dalam ucapannya, beliau turut memberitahu pengundi bahawa pengalaman dan ilmu pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat akan mampu menyelesaikan krisis tersebut dalam masa terdekat.

Jelasnya, Pakatan Rakyat melalui calon PAS juga mampu menang dan merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berdasarkan rekod terdahulu.

“Sekarang ini kawasan Barisan Nasional (BN) tapi di peringkat Parlimen kita menang, bermakna kita ada potensi untuk menang dan tawan semula DUN Pengkalan Kubor,” katanya.

Tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat di DUN ini penting sebagai isyarat wujudnya muafakat bagi sayap Pakatan Rakyat.

DUN Pengkalan Kubor merupakan satu-satunya DUN yang dimenangi BN di Parlimen Tumpat, milik PAS yang mempunyai empat DUN kesemuanya.

Tiga DUN lagi iaitu Pasir Pekan, Wakaf Baru dan Kelamboran juga dimiliki oleh PAS.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya NoorZahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Allahyarham menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. – mStar Online

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Persiapan Untuk Mati Di Jepun Semakin Popular

Next Post

Waran Tangkap 2 Pencuri Barang Kemas Walaupun Sukar

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Waran Tangkap 2 Pencuri Barang Kemas Walaupun Sukar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd