• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

iPhone 6 Dapat Kelulusan Masuk Pasaran China

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Telefon pintar terbaharu Apple Inc, iPhone 6. boleh dijual di China selepas Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) pada Selasa mengumumkan kelulusan lesen mengakses rangkaian telefon itu.

Xinhua berkata kementerian itu bersetuju memberi kelulusan kepada iPhone 6 untuk menembusi pasaran terbesar dunia itu selepas mendapat jaminan daripada Apple bahawa tiga program yang menjadi perkhidmatan latar belakang telefon itu, yang dilaporkan mempunyai risiko membocorkan maklumat peribadi, sebenarnya hanyalah perisian diagnostik dan tidak akan digunakan untuk tujuan jahat.

Xinhua memetik satu laporan daripada Apple yang menyebut syarikat itu tidak dibenarkan untuk ‘campur tangan dengan’ sebarang maklumat peribadi tanpa persetujuan pengguna dan telah membuat pengubahsuaian dalam sistem ios8, menjadikannya sukar untuk disalahgunakan oleh pihak lain.

Apple turut memberi jaminan bahawa ia akan meningkatkan perlindungan sekuriti dan privasi untuk pelanggannya.

Syarikat itu menjual lebih 10 juta iPhone dan iPhone 6 Plus dalam minggu pertama selepas melancarkan model baharu itu, tanpa melibatkan pasaran China.

Tahun lepas, Apple menjual sembilan juta iPhone 5S dan model 5c, termasuk jualan di China dalam tempoh yang sama. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd