• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Media Sosial Untuk Tindakan Dan Pandangan Positif

oleh Sifulan
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna Internet perlu menggunakan media sosial secara positif dan tidak menyalahgunakannya.

Friendster, MySpace, YouTube, Facebook, Twitter, Flickr, Linkedln, Instagram, Pinterest dan Google Plus adalah antara alat media sosial yang besar pengaruhnya hari ini dan sering digunakan untuk berkongsi dan menyalur pandangan terhadap sebarang posting.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan tinggal dalam masyarakat pelbagai kebudayaan, cara pangkalan media sosial digunakan semakin mencetus kebimbangan.

Bukan sahaja ia dibanjiri fakta yang silap, ramai juga yang menggunakan bahasa kesat, maki hamun dan paparan ketaksuban agama serta perkauman.

PERLU LEBIH BANYAK PANDANGAN POSITIF

Shahul Hameed Shaik Dawood, Presiden Dewan Media Sosial Malaysia dalam wawancara dengan Bernama, berkata beliau percaya lebih banyak pemikiran serta pandangan positif yang disalurkan menerusi media sosial dapat menyatukan rakyat negara ini dalam pelbagai cara.

“Sebenarnya, media sosial tidak lebih daripada persepsi. Sekiranya anda melihatnya secara negatif, negatiflah ia.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menyalurkan pemikiran positif dan mempromosikan perpaduan daripada bertindak balas kepada posting negatif yang dilihat di media sosial,” katanya.

Sebagai contoh, posting positif pada hari perkabungan mangsa tragedi MH17 di Facebook, Twitter dan Instagram membuktikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau kepercayaan bersatu dalam kedukaan.

“Ini yang kita kata negara pelbagai bangsa. Kekal positif, bertindak positif dan berkongsi pandangan positif.

“Kita tidak menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada sekarang,” katanya.

Untuk itu, kata beliau saluran yang disediakan perlu digunakan secara profesional dengan mengambil kira perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

“Sebelum ini, tidak ada banyak saluran untuk menyuarakan perkara yang menyakitkan hati tetapi hari ini ada banyak. Jadi apabila seseorang menulis sesuatu, lima daripada mungkin 10 akan membuat komen dan perkara itu menular.

“Ini bukan budaya di Malaysia. Kita telah bersatu sejak negara ini merdeka dan kita perlu kekal bersatu selamanya,” kata beliau.

Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menyatakan pihaknya menerima 121 laporan sejak awal tahun ini berhubung penyalahgunaan media sosial, antaranya cacian berunsur perkauman serta posting yang bersifat menghasut terhadap raja-raja Melayu.

Beliau memberi jaminan polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membendung penyalahgunaan media sosial terutamanya yang melibatkan generasi muda untuk mengekal keharmonian yang telah dinikmati negara selama ini.

ADA SEMPADAN DALAM MEDIA SOSIAL

Julian Matthews, pengarah media Trinetizen, firma perundingan latihan media berkata media sosial adalah pangkalan profesional yang memerlukan semua orang turut menjadi profesional.

“Apabila anda berada dalam media sosial, ingat sepanjang masa anda adalah duta syarikat juga keluarga anda,” katanya.

Untuk itu, katanya ada sempadan yang perlu seseorang itu patuhi dalam media sosial.

“Fikir apakah posting anda akan menyinggung perasaan keluarga anda, rakan sekerja anda atau rakan Facebook anda memandangkan posting itu boleh menjadi isu serius sekinyanya ia menyinggung mana-mana pihak itu,” katanya.

“Buat kawan baru sambil mengekalkan kawan lama dan terus berhubung menerusi posting terkini yang boleh membantu seseorang secara tidak langsung seperti maklumat kesesakan jalan dan berita terkini,” nasihat beliau seterusnya.

ISU UTAMA PERLY DITANGANI

Negara ini memperoleh kemerdekaannya menerusi usaha, kerjasama dan tolak ansur pemimpin Melayu, Cina dan India, justeru, amat penting untuk mengekalkan semangat nasionalisme dan keharmonian yang wujud sekian lama.

Menurut Shahul, ramai anak muda yang menggunakan media sosial kerana kawan-kawan mereka dan apabila berjumpa dengan posting yang provokatif, mereka akan terbawa-bawa dengan perasaan mereka.

“Mereka ini perlu dibimbing dalam soal penggunaan media sosial secara beretika.

“Kita perlu mengadakan latihan intensif seluruh negara untuk mendidik mereka apa yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika menggunakan pangkalan seumpama itu,” katanya.

Di samping itu, Shahul mencadangkan supaya kerajaan menggubal undang-undang lebih ketat berhubung penyalahgunaan media sosial yang dilihat amat bermanfaat dalam mendidik pengguna Internet.

“Ia perlu menyeluruh, ketat dan adil untuk semua. Jika tidak, saya percaya lebih banyak kes penyalahgunaan media sosial dapat dilihat pada masa akan datang,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: media sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Tak Campur Urusan Pemilihan MB Selangor – Khalid

Next Post

Inilah Turban Paling Besar Di Dunia, Beratnya 45kg

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

03/08/2024
0

PUCHONG - Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi...

Next Post

Inilah Turban Paling Besar Di Dunia, Beratnya 45kg

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd