• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Konservatif Agama: KJ Bidas Zairil

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pandangan atau dakwaan bahawa BN menggunakan golongan konservatif agama untuk terus berkuasa adalah tidak berasas, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan apa yang dilakukan BN selaku parti yang memerintah ialah mempertahankan kedudukan dan kesucian agama serta nilai ketimuran yang tidak melanggar syariat Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah peringkat kementeriannya di sini hari ini, beliau berkata mereka yang menuduh BN berbuat sedemikian sebenarnya yang membawa suara ekstrem cauvinis dan liberal yang tidak konsisten dengan agama dan cara hidup masyarakat di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendakwa BN menggunakan golongan konservatif agama, antara lain untuk memastikan orang Melayu terus bergantung kepada perlindungan Putrajaya melalui tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal.

Mengenai dakwaan Zairil bahawa sekularisme dan liberalisme sebenarnya falsafah yang boleh mengukuhkan Islam tetapi diberikan perspektif negatif oleh BN, Khairy menjelaskan sekuralisme jelas tidak boleh diamalkan di Malaysia kerana Islam merupakan agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau berkata amalan sekularisme bermaksud ada pemisahan antara agama dan kerajaan dan di Malaysia tidak mengamalkan perkara sedemikian.

“Kita bukan negara seperti Perancis atau Turki yang tidak disebut agama dalam perlembagaan negara mereka. Jadi, kita harus kembali kepada isu pokok dalam Perlembagaan dan kita tidak boleh lari daripada apa yang disebut di dalamnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy sekali lagi menegaskan Umno merupakan sebuah parti yang paling terbuka dalam menerima kritikan daripada kalangan ahlinya termasuk ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti.

“Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan kepada kepimpinan.

“…dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan kepada beliau.

“Jadi, tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik,” katanya.

Khairy mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani, bukannya disokong tanpa dipersoal. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinZairil Khir Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd