• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahami Konsep Jihad Sebelum Berjuang Di Syria

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk berjihad di Syria sebagaimana yang disiar di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata generasi muda perlu berfikiran jauh agar tidak terpengaruh dengan fakta yang tersebar di laman sosial yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia.

“Ramai anak muda di Malaysia ini ingin berjihad di Syria, tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana untuk berjuang sedangkan di Malaysia juga mereka boleh berjuang dalam pelbagai bidang, jadi mereka perlu faham konsep terlebih dahulu sebelum berjuang.

“Sekarang ini, semakin banyak laman web dan blog menyiarkan pelbagai fakta menggelirukan rakyat Malaysia dan kita harap anak muda tidak cepat terpengaruh menerusi penyebaran di laman sosial berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan penyampaian pingat sempena Mesyuarat Agong Tahunan PV-ATM di sini hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Jailani meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya masih ada laman web yang cuba menggelirukan rakyat negara ini.

“Jika masih ada laman web yang wujud dengan cuba memutarbelitkan fakta, kita minta orang ramai tampil membuat laporan kerana kita tidak mahu orang ramai terjerumus kepada perkara yang tidak benar di luar sana. – BERNAMA

Tags: jihadSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pensyarah Koma Dibelasah Kerana Mengendap Pelajar Mandi

Next Post

Sabah Sokong Usaha PNB Tingkatkan Ekonomi Masyarakat

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

Sabah Sokong Usaha PNB Tingkatkan Ekonomi Masyarakat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd