• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ewww’ Ke ‘Awww’…Loket Susu Ibu Laris Di Pasaran!

oleh AK-47
04/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi kebanyakan wanita, proses penyusuan badan merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan tak mungkin dilupai sampai bila-bila.

Kini, anda boleh memperingati saat indah itu selamanya dengan koleksi loket yang diperbuat daripada susu ibu sebenar

Idea mencipta barang kemas ini diilhamkan oleh Allicia Mogavero daripada Rhode Island,Amerika Syarikat.

Dalam laman webnya,Allicia menjelaskan,”Saya ingin mengabadikan detik manis ini selamanya.”

breast-milk-bead-bracelet
Kredit foto: Mommy Milk Creations
breast-milk-locket
Kredit foto: Mommy Milk Creations
breast-milk-pendant
Kredit foto: Mommy Milk Creation

“Tiada cara yang lebih baik untuk lakukannya; menyimpan setitik susu badan saya di dalam loket yang boleh saya bawa kemana sahaja merupakan suatu yang amat menggembirakan.”

Koleksi susu badannya menjadi begitu popular sehingga beliau mula menerima tempahan daripada rakan dan ahli keluarga. Kemudiannya, minat Allicia mulai bercambah mekar dengan tertubuhnya syarikat Mommy Milk Creations.

Barangan perhiasan insiprasi Allicia itu terus mendapat perhatian ramai dan beliau kini menerima tempahan daripada seluruh dunia. Dengan harga mampu milik bermula daripada USD160, pembeli yang ingin menggayakan koleksi unik ini harus menunggu sehingga 12 bulan untuk mendapatkan barangan mereka.

Walaupun perniagaannya mendatangkan hasil lumayan, namun Allicia sedar barangan hiasan ciptaannya tidak kena dengan citarasa semua.

“Ada suara-suara yang mengkritik produk syarikat saya,” jelas ibu kepada tiga orang anak itu.

“Kata mereka, loket saya menjijikkan kerana mengguna susu badan, iaitu bendalir tubuh. Saya juga terima pelbagai komen sarkastik. Sebagai contoh, seseorang pernah bertanyakan saya adakah selepas ini saya akan loketkan ketulan tahi pertama bayi pula.”

Bagaimanapun, Allicia positif dengan rekaannya.

“Saya rasa peluang untuk menyusui anak adalah satu yang magis dan menakjubkan, jadi saya akan teruskan berkongsi betapa berharganya pengalaman ini kepada yang setuju dengan pendapat saya,” katanya menutup perbualan. mynewshub.cc

Oleh SARA KHALID

 

Tags: terkiniutama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluhan Gadis Yang Hendak Dipinang PEROGOLNYA…

Next Post

MH17: PM Ikrar Bawa Pulang Baki 3 Lagi Mayat Rakyat Malaysia

Related Posts

Kes Tampar Suami Di Mall, Isteri Tampil Beri Penjelasan

15/02/2025
0

SEMENJAK semalam, heboh menerusi media sosial dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita menampar suaminya yang kantoi curang di sebuah pusat...

PlayStation VR Akan Dijual Mulai Oktober Ini

17/03/2016
0

SONY PLAYSTATION VR akan mula dijual bermula bulan Oktober ini pada harga lebih rendah berbanding pesaing lain di pasaran. Harga yang...

Next Post

MH17: PM Ikrar Bawa Pulang Baki 3 Lagi Mayat Rakyat Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd