• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Pertemuan Dengan Everton Merangsang The Reds

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers percaya pertembungan tetangga menentang Everton, esok memberi peluang terbaik buat barisan pemainnya memperbaiki kempen hambar The Reds dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Sehingga kini, Liverpool bergelut dalam saingan domestik selepas kekalahan kepada Manchester City, Aston Villa dan terbaharu minggu lalu menentang West Ham, meninggalkan mereka tujuh mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Selain itu, The Reds juga terpaksa memerlukan penentuan penalti ketika mengatasi kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough dalam kempen Piala Liga dan melakar kemenangan sukar 2-1 menentang kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Begitupun, Rodgers berkata kemenangan ke atas Everton mampu melonjakkan kembali semangat mereka seperti yang dilakukan musim lalu.

“Kami tahu kami perlu menjadi lebih baik, kami tahu kami perlu meningkatkan tahap prestasi kami,” kata Rodgers. “Pertemuan tetangga ini memberikan kami peluang itu, ia memberikan kami landasan untuk terus konsisten.

“Musim lalu, kami mencatat keputusan yang baik selepas kemenangan ke atas mereka (Everton) dan saya fikir kami mengumpul 36 mata selepas itu. Ia perlawanan yang melegakan, penuh ketegangan. Ia boleh merangsang kami.”

“Everton pasukan yang baik dengan pemain yang amat baik. Mereka berbeza dengan kami namun mereka memiliki banyak kualiti. Mereka mungkin tidak memperoleh keputusan yang mereka harapkan namun mereka mempunyai pengurus yang baik.

“Dia (Roberto Martinez) sudah melakukan kerja yang baik di sana dan untuk perlawanan tetangga ini, ia pasti sukar untuk kami,” katanya.

Liverpool dijangka akan terus kehilangan khidmat penyerang England, Daniel Sturridge, Glen Johnson, Jon Flanagan, pemain tengah Joe Allen dan Emre Can ketika bertemu Everton.

Begitupun, mereka akan memperoleh kembali Jordan Henderson dan Philippe Coutinho yang sudah pulih daripada kecederaan.

Bagi pengurus Everton, Roberto Martinez, pertemuan di Anfield turut memberi peluang buat pemainnya untuk menamatkan badi di laman The Reds itu.

Begitupun, Everton yang tidak pernah menang di Anfield sejak 1990 akan beraksi tanpa khidmat Seamus Coleman, bintang Afrika Selatan, Steven Pienaar dan pemain tengah, Ross Barkley kesemuanya akibat kecederaan. – AFP

Tags: EPLLiverpool
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Mengaku Salah Cederakan Pelajar UiTM

Next Post

Berikut Adalah Nama 10 Exco Selangor Yang Baharu

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

Berikut Adalah Nama 10 Exco Selangor Yang Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd