• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Galaksi Star Wars Versi Wayang Kulit

oleh AK-47
23/09/2014
dalam Terkini
3
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pereka dan pengarah seni mendapat inspirasi unik mengadaptasikan kisah epik filem cereka sains, Star Wars menerusi medium tradisional negara iaitu wayang kulit.

Kedua-dua mereka, Tinto Chuo dan Teh Take Huat merupakan peminat tegar filem Star Wars. Mereka baru-baru ini telah mengadakan persembahan wayang kulit di Esplanade Taman KLCC sempena Festival Sains, Petrosains 2014.

Dinamakan “Peperangan Bintang” ia adalah adaptasi daripada filem arahan George Lucas iaitu “Star Wars IV: A New Hope” yang melibatkan beberapa watak popular seperti Sangkala Vedeh (Darth Vader), Puteri Leia (Princes Lia), Askar Pemberontak (Rebel Soldiers) dan Hulubalang Empayar (Stormtroopers).

Pesembahan wayang kulit Star Wars ini adalah seperti wayang kulit yang lain di mana ia dipersembahkan bersama kumpulan gamelan, 12 watak wayang kulit dan beberapa kesan visual, lapor portal Astro Awani.

Tintoy Chuo, pereka wayang kulit untuk “Peperangan Bintang” ini berkata beliau mendapat inspirasi daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Apple, Steve Jobs, untuk membuat sesuatu kelainan.

“Sasaran penonton saya adalah golongan belia yang masih belum melihat persembahan wayang kulit sebelum ini,”

“Kami memberikan penonton pilihan, dimana kami membuka satu langkah baru pada mereka yang masih belum pernah menonton wayang kulit sebelum ini dengan harapan untuk mereka mula menyukainya,” kata beliau dengan penuh semangat.

Gabungan duo ini membuat kemunculan buat pertama kalinya di Designers Weekend Exhibition di Publika, di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada pakar patung boneka, Muhammad Dain Othman.

Sebelum ini, Muhammad Dain menghubungi Tintoy melalui laman Facebook apabila dia mendapat tahu daripada kawannya bahawa Tintoy mahu membuat tayangan wayang kulit Star Wars pada tahun 2012.

“Orang lama harus menghubungi mereka yang baru,” kata pakar boneka yang kini berusia 62 tahun.

“Pada kali pertama saya berjumpanya, saya memberitahu yang saya sangat menghormati apa yang dilakukannya kerana bagi saya, ini adalah waktu untuk mengembalikan dan menyelamatkan tradisi wayang kulit yang semakin dilupakan,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, Muhammad Dain memberikan beberapa syarat sebelum beliau bersetuju untuk terlibat dalam warisan wayang kulit.

Beliau menegaskan bahawa intipati wayang kulit mesti dipatuhi di mana sesuatu persembahan wayang kulit itu mesti mempunyai sebuah kumpulan gamelan yang terdiri daripada sembilan hingga 10 pemain, dan mesti mempunyai elemen-elemen fizikal seperti kain putih dan unsur-unsur kehidupan, dan akhir sekali fomat cerita Tok Dalang harus dipatuhi.

Selepas dua tahun, wayang kulit Star Wars semakin dikenali yang bukan sahaja kerana peminat-peminat Star Wars tetapi juga atas pemintaan orang ramai.

Chua berharap 4 Mei tahun hadapan iaitu pada Hari Star Wars sedunia, mereka mampu untuk menghasilkan tayangan wayang kulit selama satu jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim mengatakan Festival Sains kali ini adalah satu kejayaan yang besar.

Lebih 70,000 orang menghadiri festival tahun ini.

Namun begitu, beliau menyatakan Festival Sains tidak akan diadakan pada tahun depan kerana mereka merancang sesuatu yang lebih besar pada tahun 2016. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: Star Warswayang kulit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gantung Baju Merah Depan Rumah Elak Gangguan ‘Hantu Janda’

Next Post

GAMBAR: Perangai Tak Senonoh Penumpang Dalam Pesawat…

Related Posts

Pengkritik Kecewa Dengan Finale Star Wars

25/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah. Selepas mendapat kritikan teruk dalam Star Wars: The Last...

Pos Malaysia Lancar Setem Edisi Terhad Star Wars

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) buat pertama kalinya melancarkan setem edisi terhad bertemakan Star Wars, dengan kerjasama...

Next Post

GAMBAR: Perangai Tak Senonoh Penumpang Dalam Pesawat...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd