• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Tempatan Ditahan Kerana Disyaki Tonto

oleh AK-47
26/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tindakan  dua lelaki warga tempatan yang mengekori serbuan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Siri 4 Membanteras Akvititi Haram (Ops Bah 4) membawa padah apabila akhirnya mereka ditahan.

Mereka ditahan kerana disyaki sebagai pemberi maklumat atau Tonto kepada sebilangan besar pemilik premis-premis haram yang diserbu oleh DBKL dan beberapa agensi lain yang terlibat.

Menurut Ketua Aktvitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan mencurigakan dua pemuda itu yang mengikuti aktiviti serbuan telah menimbulkan keraguan sehingga menyebabkan mereka ditahan.

ops4

“Tonto yang mengikut ini telah ditangkap dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah dipertanggungjawabkan untuk memeriksa sama ada mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau sebaliknya.

“Tonto ini senang-senang ikut dan kemudian bagi maklumat (kepada peniaga haram dan tidak berlesen),” katanya kepada MYNEWSHUB ketika Ops Bah Siri 4, di sini, hari ini.

ops5

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap peniaga-peniaga aktiviti haram dan tidak berlesen yang semakin berleluasa sehingga kini.

“Saya kecewa atas sikap peniaga-peniaga (aktiviti haram dan tidak berlesen) yang masih berdegil. Saya difahamkan pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) dah potong bekalan elektrik (di premis mereka) tapi mereka ambil daripada jiran mereka, bila potong lagi, mereka sambung balik,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sikap segelintir peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti haram di sekitar ibu negara.

ops2

Ops Bah 4 melibatkan kekuatan anggota sebanyak 350 orang yang terdiri daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto: HAZIQ AHMAD

Tags: rumah urut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Tadbir DBKL Didakwa Terima Rasuah Rumah Urut

11/04/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan seorang pembantu tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada pengusaha sebuah rumah...

Bekas Penguat Kuasa MPKj Didakwa Rasuah Rumah Urut

11/04/2019
0

SHAH ALAM - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd