• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Azmi Fail Permohonan Pindah Kes Hasutan

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom hari ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Azmi, 45, memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen menerusi firma guaman Gobind Singh Deo & Co.

Beliau mengemukakan permohonan untuk mendapat perintah agar Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi penentuan keperlembagaan Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung dan/atau dibatalkan.

Pada 2 September, Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009.

Dia dituduh menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Okt bagi pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo memberitahu pemberita alasan bagi menyokong permohonan itu adalah berdasarkan Akta Hasutan 1948 tidak digubal oleh Parlimen dan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara.

Gobind berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi penentuan perkara itu yang dibangkitkan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Kami telah memfailkan sijil perakuan segera untuk mempercepat pendengaran permohonan ini.

“Kami berharap Pejabat Peguam Negara menyokong permohonan ini dan akan mempertimbang untuk menggantung semua pendakwaan bagi kes-kes hasutan sehingga perkara ini diputuskan, memandangkan isu ini akan memberi kesan kepada semua kes pendakwaan di bawah seksyen, akta berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahPensyarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Cacah Tatu Kalimah ALLAH Cemar Kesucian Islam

Next Post

Pendaratan Cemas MH131 Palsu, Abaikan Portal Menipu!

Related Posts

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

21/12/2024
0

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Next Post

Pendaratan Cemas MH131 Palsu, Abaikan Portal Menipu!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd