Kathryn DiMaria, gadis yang baru berusia 14 tahun ini tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang banyak menghabiskan masa dengan “makeup” dan bergaya sana sini.
Kathryn mempunyai agenda lain. Katanya, “Saya lebih suka pakai minyak grease daripada alat solek.â€Â
Selepas selesai sahaja sesi persekolahan, Kathryn akan ke bengkel di rumahnya dan memulakan hobi sebagai seorang ‘mekanik muda’ pada setiap hari.
Menurut bapanya, Jerry, ketika beliau berusia 12 tahun dia mula menunjukkan minatnya terhadap kereta apabila sedikit demi sedikit menyimpan wang untuk membeli sebuah kereta lama dan bercadang untuk memulihkan sepenuhnya kenderaan tersebut menjelang umur 16 tahun nanti.
“Dia kini telah menerima beberapa tawaran daripada beberapa Universiti tempatan yang menawarkan biasiswa kejuruteraan, dan sehingga kini, kami masih lagi mempertimbangkan tawaran daripada Universiti tersebut” katanya.
Menurut bapanya lagi, meskipun Kathryn sudah pandai membaiki kereta dikala umur yang sangat muda , dia perlu menunggu umurnya mencecah 16 tahun dahulu bagi memiliki lesen memandu.
Sangat hebat adik ini kan?
Oleh: hzqahmd