• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Ulamak Pas Mahu Khalid Kekal MB Selangor

oleh AK-47
17/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Ulamak PAS menegaskan pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Beliau merujuk kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR kerana dakwaan engkar arahan parti itu yang dalam usaha menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam,” tegasnya.

Ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan ‘Pertegas Prinsip Perjuangan’ di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di Kulai Jaya, Johor, Ahmad turut menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS juga tidak setuju peletakan jawatan Adun Kajang.

Katanya, Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk datu pilihanraya kecil yang tidak perlu diadakan.

Adun PKR Kajang, Lee Chen Cheh meletak jawatan pada awal Januari lalu semata-mata mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding supaya boleh dilantik Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang.

Bagaimanapun, kerana hukuman penjara kes liwat, beliau tidak boleh bertanding dan digantikan Wan Azizah yang kemudiannya menang tetapi menyebabkan krisis menteri besar hingga sekarang.

Dewan Ulamak PAS, kata Ahmad membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

“Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak,” ujarnya.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS – bnbbc.my

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd