• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Nama Jalan Sudirman Haji Arshad Di Chow Kit

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan salah satu jalan yang terdapat di sekitar Chow Kit di sini dinamakan Jalan Sudirman Haji Arshad sebagai mengenang jasa penyanyi itu kepada perpaduan negara.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, Allahyarham Sudirman memainkan peranan menyatukan masyarakat pelbagai kaum menerusi pelbagai lagu-lagunya semasa hayat beliau.

“Puteri UMNO berharap dengan diabadikan nama beliau pada salah satu jalan di Kuala Lumpur, Sudirman akan dikenang oleh generasi masa kini dan akan datang sebagai penghibur yang banyak jasanya kepada negara.

“Lagu-lagunya begitu merakyat kerana membawa mesej tentang masyarakat seperti Basikal Tua, Chow Kit Road, Pulang Dari Kilang, Orang Muda, Aku Penganggur.Lagu-lagu patriotiknya pula kekal `evergreen’ termasuk lagu 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati memuji Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencetuskan idea mengembalikan nostalgia melalui konsert Memori Chow Kit Road yang mendapat sambutan hebat warga kota dalam sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

“Sudirman seorang penghibur yang berjiwa rakyat dan kerana itu beliau satu-satunya penyanyi Malaysia yang mengadakan konsert percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada April 1986,” katanya. – mynewshub.my

Tags: Puteri UMNOSudirman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd