• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Perang Dunia II Ditemui Di Kawasan Bukit Di Cheras

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Penggemar aktiviti mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartaman diminta menghentikan aktiviti mereka seketika selepas satu bom lama seberat 226kg ditemui di kawasan petang semalam.

Menurut satu status Laman Facebook Polis Daerah Kajang, bom berkenaan merupakan bom yang digunakan ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada ketika itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk tidak melakukan aktiviti tersebut (mendaki) bermula esok berkaitan penemuan bom lama zaman Jepun seberat 500 paun (226kg).

“Bom itu dijangka akan diletupkan esok pagi (hari ini) oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” demikian menurut Facebook berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapati dipastikan sehingga bilakah aktiviti berkenaan yang biasa diadakan sebagai riadah perlu dihentikan berkemungkinan polis bimbang masih ada lagi sisa bom yang berada di kawasan itu.

Mengikut laporan laman web The Star Online pagi tadi, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata sepasukan pakar pemusnah bom dari Bukit Aman IPK Kuala Lumpur, IPK Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang terlibat dalam usaha memusnahkan bom berkenaan.

Bom itu merupakan bom yang digugurkan dari pesawat pengebom dan tidak meletup.

“Kami sudah pun bersiap sedia sejak mengetahui tentang penemuan bom ini pada Sabtu kira-kira pukul 7 petang.

“Pasukan itu, yang dianggotai 30 pakar bom, masuk ke lokasi kejadian pada pukul 10 pagi.

“Mereka tiba di lokasi penemuan selepas terpaksa berjalan kaki mendaki bukit berkenaan selama satu jam setengah,” katanya.

Menurut beliau, bom itu dikenalpasti sebagai Mark 1-952.

“Panjangnya ialah 47cm dengan diameter kira-kira 43cm.

“Ia diperbuat pada tahun 1952 oleh British,” katanya.

Berikutan penemuan itu, pihak polis segera memastikan kawasan itu tidak didatangi orang ramai dan mereka dinasihatkan supaya berada luar dari lingkungan radius 1.5km dari lokasi bom berkenaan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: BomCheras
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd