• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Isteri Dipengaruhi Percaya Anak  Taib Miliki Banyak Harta

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN perbicaraan kes tuntutan harta anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib dan bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid, semalam.

Mahmud Abu Bekir memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa bekas isterinya, Shahnaz dipengaruhi untuk mempercayai bahawa beliau memiliki harta peribadi yang banyak sehingga mendorong Shahnaz membuat tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta.

Memetik laporan Bernama, Mahmud Abu Bekir  berkata jumlah yang dituntut terlalu banyak dan tidak munasabah.

“Saya tak faham kenapa terlalu banyak. Mungkin dia mendapat nasihat yang tidak betul daripada pihak-pihak tertentu.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu memberitahu keluarga kami kaya disebabkan masalah rasuah. Itu hanya politik semata-mata,” katanya pada prosiding kes tuntutan mutaah oleh isterinya di depan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab.
Shahnaz, 51, turut menuntut harta peribadi seperti nafkah anak berjumlah RM121 juta dan harta sepencarian sebanyak RM300 juta.

Mahmud Abu Bekir berkata sebelum bercerai, Shahnaz tidak menyebut akan membuat tuntutan berkenaan.

“Saya cukup hairan dengan tuntutan-tuntutan itu. Dia ambil petikan berita dari laman sesawang ‘Sarawak Report’ yang mengeluarkan berita palsu mengenai keluarga saya,” katanya.

Beliau juga berkata Shahnaz mendapat maklumat tidak benar berhubung harta yang kononnya telah dinilai oleh seorang akauntan bertauliah.

“Jurunilai itu membuat andaian tanah milik saya di Sarawak telah ditanam dengan kelapa sawit berusia antara tiga hingga lapan tahun.

“Laporan akauntan bahawa saya memiliki aset dengan nilai antara RM976 juta hingga RM1.395 bilion itu adalah tidak benar dan palsu,” katanya ketika disoal peguam Saadiah Mohd Din.

Anak kedua Yang Dipertuan Negeri Sarawak itu juga mendakwa beliau tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memasuki kawasan persendirian miliknya untuk merakam gambar dan dijadikan bukti dalam perbicaraan kes berkenaan.

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan penceraian Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz dengan talak satu. Pasangan itu berkahwin pada 9 Jan 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 22.

Pada sesi perbicaraan 5 Mei lalu, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng menyatakan bahawa ahli perniagaan itu memiliki aset bernilai antara RM976 juta hingga RM1.395 bilion.

Ini merangkumi pegangan saham di syarikat dalam dan luar negara, tanah dan kereta mewah selepas membuat kajian serta carian.

Akauntan itu mendakwa adalah lebih daripada mencukupi jika plaintif meminta sejumlah RM100 juta daripada defendan sebagai mutaah.

Perbicaraan bersambung 17 September ini. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: kes cerai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Simon Cowell Selamatkan Peserta X Factor Daripada Dipecat Majikan

Next Post

EURO 2016: Welbeck Wira England Benam Switzerland

Related Posts

Talak Sah: PU Abu Sufyan Tambah Fakta Saat Akhir

16/05/2019
0

KLANG - Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan talak dilafazkan pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan terhadap isterinya,...

Basuh Baju Tengah Malam Punca Cerai?

13/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pasangan bukan Islam di negara ini yang ingin mendirikan rumah tangga akan diwajibkan untuk menghadiri kursus praperkahwinan....

Next Post

EURO 2016: Welbeck Wira England Benam Switzerland

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd