• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Perlu Kemas Kini Sistem Pengkomputeran ATM

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran mesin juruwang automatik (ATM) mereka bagi mengelak penjenayah siber melarikan wang di dalamnya dengan mudah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata sepatutnya pihak bank menyedari keperluan perkembangan teknologi semasa yang sentiasa pesat berubah dan menjadikan sistem pengkomputeran lama mudah rapuh dan diceroboh.

“Terlalu banyak bijak pandai dalam IT (teknologi maklumat) sekarang, maka kita perlu adakan sistem keselamatan mantap bagi mengelak kejadian ini berulang,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai sindiket yang dipercayai dari Amerika Latin yang melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.

Namun dalam penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.

Musa berkata kesediaan untuk menaik taraf sistem pengkomputeran adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh diambil lewa.

Katanya pihak bank juga wajar memantau setiap pegawainya kerana dikhuatiri mereka turut terbabit dalam memberi kerjasama kepada sindiket.

“Bagi pihak bank, mereka perlu mengawasi setiap pegawai yang telah diambil bekerja. Sebagai contoh, awasi data kakitangan dan latar belakang mereka,” katanya.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar mencadangkan perlu wujud perisian baharu yang boleh mengesan sebarang kecurigaan dalam perisian sedia ada.

“Sebagai contoh, jika terdapat sesuatu transaksi pengeluaran yang kerap berlaku dalam jumlah yang banyak, tanda amaran akan keluar dari sistem berkenaan untuk memaklumkan kepada pihak bank,” katanya.

Akhbar juga mencadangkan agar pihak bank mewujudkan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat mesin ATM ditempatkan dan dibuat secara tersorok serta rakamannya secara siaran langsung dan dipantau pihak bank.

Baginya kejadian rompakan boleh dielak jika institusi kewangan mengambil inisiatif untuk sentiasa memantau sistem keselamatan terkini bagi mengelak bank daripada mudah diceroboh.

“Apabila sesuatu perisian diperkenalkan, kita perlu lebih ‘tujuh langkah ke hadapan’ bagi mencegah kemungkinan sistem diceroboh.

“Bank-bank tempatan khususnya yang terlibat di bahagian IT, perlu peka apa juga maklumat dan perkembangan IT yang berlaku bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: BankMusa Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

30/03/2023
0

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil menafikan beliau menyebarkan tiga klip video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd