• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu Kemenangan Liverpool

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park, Jerman pada awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ke-44 menerusi gol Ciro Immobile sebelum Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan gol kedua pada minit ke-48.

Arsenal mempunyai beberapa peluang untuk bangkit menerusi tiga percubaan Danny Welbeck tetapi tidak berhasil.

Dalam perlawanan berasingan, Steven Gerrard menjaringkan gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti untuk membenam Ludogorets 2-1 pada aksi Kumpulan B di Anfield.

The Reds yang beraksi buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun dalam aksi berprestij itu membuka jaringan pertama menerusi Mario Balotelli pada minit ke-82 yang memanfaatkan hantaran Fabio Borini.
Namun, juara kelab Bulgaria, Ludogorets menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi jaringan Dani Abalo.

Nasib ibarat menyebelahi pasukan kendalian Brendan Rodgers itu apabila pemain lawan, Milan Borjan yang baharu sahaja menyertai Ludogorets melakukan terjahan kasar terhadap Javi Manquillo sehingga memaksa pengadil untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.

Gerrard muncul wira Liverpool apabila membantu pasukan itu mengutip tiga mata penuh bagi mengiringi Real Madrid yang turut berada di kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Basel  5-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu. – mStar

Tags: ArsenalLiverpool
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

50 Pemuda Pas Keluar Bila Mat Sabu Berucap

Next Post

VIDEO : Mat Razi Anak ‘Tokey Aye’ Mesra Rakyat Pengkalan Kubor

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

VIDEO : Mat Razi Anak 'Tokey Aye' Mesra Rakyat Pengkalan Kubor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd