• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan Memakan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik– Kau Mampu?

oleh AK-47
22/09/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perbuatan memakan uri bayi telah diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) namun kecederungan itu menular di kalangan ibu-ibu baru bersalin di negara-negara luar Eropah seperti di Singapura.

Dalam satu undang-undang yang baru digubal pada awal September lalu, Badan Keselamatan Makanan Eropah (Efsa) telah mengelaskan uri atau plasenta sebagai “makanan pelik” sekaligus mengharamkan penjualan serta penggunaannya sebagai makanan.

Malah, pihak yang memandai-mandai menawarkan khidmat mengkapsulkan plasenta akan turut sama diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menjual bahan aneh sebagai makanan secara haram.

placenta
Plasenta yang telah kering dan dikapsulkan.

Dalam satu laporan pihak AsiaOne di Singapura, kegilaan memakan uri bayi bagi tujuan kecantikan ini bukanlah sesuatu yang dilakukan secara tersorok.

Terdapat ramai pengamal kesihatan tradisional, bidan serta pakar materniti sedia menawarkan servis menukar plasenta menjadi bentuk kapsul oleh kerana permintaan tinggi di Kota Singa itu.

Menurut seorang ibu baru yang bercitarasa eksotik, Wendy Sia,29, beliau telah diperkenalkan kepada amalan itu oleh ibu mertuanya.

“Pada awalnya gerun juga, tapi selepas dua minggu mengamalkan pil plasenta ini, ramai yang memuji kulit saya semakin bersinar,” kata Wendy.

Kepada yang betul-betul nak tahu,“Satu plasenta cukup untuk menghasilkan 150 ke 200 kapsul, bergantung kepada saiz. Harganya pula dalam lingkungan SGD300,” jelas Yeo Chuan Hong, 41, pengurus sebuah pusat perubatan alternatif terkemuka di republik berkenaan.

jerky
Uri ‘salai’ ala daging dendeng. Ada bran?

Menurut Yeo lagi, amalan memakan uri juga amat baik untuk menangani masalah meroyan yang biasa dihadapi wanita baru bersalin.

Geli melihat rupa uri tapi gatal mahu cuba? Terdapat beberapa resipi di Internet yang anda boleh buat sendiri di rumah di masa senggang.

Kalau anda rasa leceh untuk telan ubat, plasenta itu boleh dikeringkan di dalam ketuhar dan dipotong kepada kepingan untuk dijadikan snek ala-ala daging dendeng Minang, menurut satu resipi daripada laman web www.mothers35plus.co.uk.

Yang berjiwa ‘hardcore’ mungkin boleh campurkan uri yang telah direbus ke dalam tuna, sapukan pada roti dan terus “Ngaaaaaap”….-

mynewshub.cc

Oleh SARA KHALID

Tags: terkiniutama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Tampar Suami Di Mall, Isteri Tampil Beri Penjelasan

15/02/2025
0

SEMENJAK semalam, heboh menerusi media sosial dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita menampar suaminya yang kantoi curang di sebuah pusat...

PlayStation VR Akan Dijual Mulai Oktober Ini

17/03/2016
0

SONY PLAYSTATION VR akan mula dijual bermula bulan Oktober ini pada harga lebih rendah berbanding pesaing lain di pasaran. Harga yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd