• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aishah: ‘Saya Tak Sabar Nak Jumpa Ibu’

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHRU – “Saya teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu,” kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden.

Aishah, 14, berkata beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara esok.

“Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu,” katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini.

Dia berkata dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga.

Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia.

“Sekurang-kurangnya anak saya dapat balik bertemu keluarganya dan saya berharap dia dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya.

Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan esok selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu.

Pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.

Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman mereka. – BERNAMA

Tags: Sweden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Seorang bilionair Sweden dilaporkan menyumbang dana besar bagi membantu kanak-kanak terjejas di Gaza, sekali gus mencuri perhatian dunia...

Pakistan, Sweden Lapor Kes Pertama Mpox

Pakistan, Sweden Lapor Kes Pertama Mpox

16/08/2024
0

ISLAMABAD - Pihak berkuasa kesihatan Pakistan pada Jumaat mengesahkan kes pertama virus mpox membawa maut di negara itu setelah Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd