• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Watikah Pelantikan Bakal Ketua Perwakilan Asing

oleh Sifulan
02/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat ke istiadat persembahan watikah pelantikan empat bakal ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, di sini.

Empat perwakilan asing itu ialah Carlos Dominguez Diaz dari Sepanyol, Daniel Dargent (Belgium), Benjamin Clement Eghan (Ghana) dan Kang Chol dari Korea Utara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima menghadap keempat-empat ketua perwakilan asing itu.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.

Diaz, 47, merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Sevilla serta berkhidmat sebagai Setiausaha Agung bagi perikanan di Kementerian Pertanian, Makanan dan Persekitaran sebelum pelantikan baharu ini.

Dargent, 56, pula lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perhubungan antarabangsa dan pentadbiran awam pernah menjadi Duta Belgium ke Gabon (2004-2007) dan Angola (2007-2011).

Eghan, 66, pernah bertugas sebagai Ketua Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi serta dilantik menjadi Setiausaha Kabinet Ghana bagi tempoh 2009 hingga 2013.

Menyertai perkhidmatan luar Korea Utara pada 1976, Kang, 61, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Korea Utara di Somalia dan jawatan beliau sebelum ke Kuala Lumpur adalah Ketua Pengarah Pentadbiran di Kementerian Luar.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat bakal Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Datuk Lim Kim Eng yang akan bertugas di New Zealand, Rahimi Harun (Brazil), Datuk Saiful Azam Martinus Abdullah (Croatia) dan Datuk Roslan Abdul Rahman (Azerbaijan). – BERNAMA

Tags: Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Batalkan Saman Pihak Azrinaz

Next Post

Gaun Pengantin Angelina Jolie Dipenuhi ‘Contengan’ Anak

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

07/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik darjah kebesaran, bintang dan pingat...

Next Post

Gaun Pengantin Angelina Jolie Dipenuhi 'Contengan' Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd