• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Jemaah Haji Meninggal Dunia Bukan Kerana MERS-CoV

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jantung dan bukannya kerana penyakit berjangkit lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan punca kematian dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pra Pelancaran Taman Permai Utama, di sin, Jumaat.

Katanya jemaah pertama yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi 9 Sept lepas adalah dari Johor Baharu dan jemaah kedua berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang, 16 Sept lalu.

Beliau berkata pihaknya akan memantau tahap kesihatan setiap jemaah haji negara ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti MERS-Cov atau virus Ebola.

“Kita telah buat persiapan dengan baik sebelum jemaah pertama tiba di tanah suci dan akan memberi rawatan terbaik sekiranya mereka mengidap penyakit sepanjang mengerjakan haji,” katanya.

Jamil khir berkata Tabung Haji (TH) juga mempunyai pusat rawatan sendiri di Makkak dan Madinah bagi memudahkan jemaah haji negara ini mendapatkan rawatan dengan baik.

“Hanya pesakit Malaysia sahaja yang ada dalam pusat rawatan itu dan kita tidak bercampur dengan pesakit lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata TH turut menyediakan kemudahan telekomunikasi yang baik dan menyediakan kemudahan kad tambah nilai serta cara untuk membuat panggilan antarabangsa.

“Tidak timbul kesukaran untuk mereka buat panggilan keluar kerana kita telah sediakan nombor perayauan pada beg mereka terutama kepada warga emas. Kemudahan teknologi komunikasi yang ada mudah untuk mereka berhubung dengan ahli keluarga,” katanya.

Pada majlis penyerahan kunci itu, 64 pembeli rumah teres kos rendah Taman Permai Utama fasa 1B menerima kunci untuk rumah mereka yang bernilai RM68,000.

Jamil Khir yang juga Anggota Parlimen Jerai turut melancarkan Taman Permai fasa 2 yang akan dibangunkan oleh anak syarikat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu SPNB Aspirasi Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: Jamil Khirjemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumah Pengasas Imam Muda Cuba Disihir

Next Post

PKR Nafi Buat Sidang Media Petang Ini

Related Posts

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

15/05/2024
0

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada dalam keadaan baik dan selamat. IKUTI CHANNEL...

Next Post

PKR Nafi Buat Sidang Media Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd