• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Memori ‘Chow Kit Road’ Akan Diteruskan 29-31 Ogos Ini

oleh AK-47
25/08/2014
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Konsert Chow Kit Road 2.0 yang dijadual diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 29 hingga 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 akan dikenali sebagai Memori Chow Kit Road.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana perkataan ‘konsert’ akan memberikan konotasi berbeza dan dikhuatiri akan mengganggu sensitiviti masyarakat dalam keadaan rakyat masih berkabung walaupun tempoh berkabung secara rasmi telahpun berakhir.

“Lagu-lagu semuanya sudah kita tapis balik. Lagunya bersifat balada, perlahan, patriotik dan ada juga lagu-lagu bersifat keagamaan…kita akan pantau sebab kita mahu ia menjadi acara berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kod QR ‘Buku Kuiz Mega: Penguasaan Lengkap Fakta-Fakta Kenegaraan’ sempena Program Kem Kepimpinan Nusantara 2014 di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat pihak yang meminta konsert itu dihentikan kerana negara masih bersedih dengan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lepas.

Ahmad Shabery berkata acara itu sememangnya ada dalam perancangan asal semasa memilih tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipilih daripada salah sebuah lagu Allahyarham Sudirman Arshad.

Beliau berkata nama Memori Chow Kit Road dipilih bagi mengenang kembali konsert yang diadakan oleh penyanyi tersohor itu di Chow Kit Road secara percuma, yang secara tidak langsung menyatukan rakyat bawahan.

“Sudirman adalah seorang penyanyi yang memberi impak kepada rakyat Malaysia.

Beliau bukan saja menyanyikan lagu-lagu bersifat pop dan hiburan tetapi juga menaikkan semangat melalui lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31 Ogos dan Warisan,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang tempoh bertafakur sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa tragedi MH17, Ahmad Shabery berkata selain Hari Perkabungan Negara Jumaat lalu, arahan itu hanya terpakai di Kompleks Bunga Raya LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu tempat jenazah diterima.

“Kita tidak lagi menyuruh seluruh negara bertafakur setiap kali jenazah dibawa pulang. Itu hanya simbolik. Kita bersimpati sepanjang masa,” katanya.

Berhubung buku terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu, Ahmad Shabery berkata ia merupakan satu daripada inisiatif bagi mengingatkan kembali rakyat di negara ini berhubung fakta-fakta penting mengenai negara ini.

Buku itu akan diedarkan ke seluruh negara, malah boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR di laman web Jasa iaitu www.jasa.gov.my, katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyKonsert
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beribu Pekerja MAS Bakal Diberhentikan, CEO Ditukar?

Next Post

Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

Next Post

Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd