• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangisan Anak Pramugari MH17, Allahyarham Mastura Mustafa…

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Hangat, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Anak tunggal kepada pramugari pesawat MH17 tidak dapat menahan kesedihan di sisi keranda ibunya yang ditempatkan di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi di sini sebelum jenazah Mastura Mustafa disolat dan dikebumikan.

Muhriz Marzaidi, 10, duduk di tepi keranda ibunya dan menangis teresak-esak sambil mengesat air mata.

Dia kemudiannya dipujuk dan dibawa keluar dari ruang jenazah ibunya ditempatkan.

Inilah antara detik hiba yang menyelubungi apabila jenazah Allahyarham Mastura tiba kira-kira 12.40 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang.

Jenazah kemudiannya ditempatkan di ruang khas di dalam masjid untuk orang ramai memberi penghormatan sebelum solat Jumaat.

Bapa Allahyarham, Mustafa Abdul Samad, 83, anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham turut hadir.

Selesai solat Jumaat dan diikuti solat jenazah, van yang membawa jenazah Allahyarham beredar ke Tanah Perkuburan Islam Paroi, berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Suasana hiba terus dirasai di tanah perkuburan sebaik ketibaan jenazah Allahyarham untuk disemadikan buat kali terakhir.

Jenazah Allahyarham adalah antara 20 jenazah mangsa pesawat MH17 warga Malaysia yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini.

Allahyarham merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines tersebut yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Ketika itu pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. – BERNAMA

 

10632741_10152405363149998_8568334325231722920_n

 

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Barisan Juruterbang MAS Setia Iringi Jenazah Rakan Ke Pusara

Next Post

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd