• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Berhati-Hati Buat Keputusan Isu MB Selangor

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Pusat tidak tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya cepat menyatakan pendirian berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor kerana mahu mengelak daripada membuat keputusan yang salah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu.

“Ramai bertanya kepada saya kenapa mesyuarat PAS Pusat tidak diawalkan. Mereka bimbang keadaan di negeri Selangor.

“Presiden PAS menyatakan beliau perlu menyelesaikan beberapa perkara dan perlu mendapatkan beberapa pengesahan sebelum mesyuarat.  Tujuannya adalah untuk mengelakkan PAS Pusat membuat keputusan yang tidak masak,” katanya melalui akaun Facebook hari ini.

Suhaizan bagaimanapun percaya isu Menteri Besar Selangor itu tetap akan berakhir di meja rundingan sekali gus memberi manfaat kepada semua pihak.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, DAP tidak berhak mendesak PAS menyatakan segera pendirian parti itu berhubung sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau dipetik berkata, setiap parti dalam pakatan pembangkang mempunyai hak membuat keputusan masing-masing dalam soal berkenaan dan PAS telah memutuskan untuk membincangkannya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Ahad ini.

Kata beliau, desakan dibuat oleh DAP itu tidak menggambarkan kesepakatan kerjasama pakatan pembangkang yang seolah-olah tidak boleh menunggu empat hari sahaja lagi berhubung perkara berkenaan.

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akaun Twitter Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Digodam

Next Post

Video Berani Mati Mandi Dengan Ular Tedung

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Video Berani Mati Mandi Dengan Ular Tedung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd