• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Minta Maaf, Akui Silap Fitnah Raja Nong Chik

oleh AK-47
22/08/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nurul Izzah Anwar yang baru diumum mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR hari ini secara terbuka memohon maaf kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana memfitnah.

Dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh Malaysiakini, Khamis, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjanji tidak akan mengulangi perkataan-perkataan fitnah tersebut.

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipercayai untuk ‘tutup’ kes saman fitnah yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadapnya sebelum ini.

Julai tahun lalu, Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai,memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai 2013 melalui Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, mendakwa Nurul Izzah, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.

Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lepas Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.

Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:

” Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

” Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

” Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,”  – bnbbc.my

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksi Panas Di Facebook Tersebar.. Siapa Datin Sri Linda?

Next Post

Bapa Tidak Sabar Tatap Jenazah Mohd Ali Esok

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

Bapa Tidak Sabar Tatap Jenazah Mohd Ali Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd