• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Pem. Juruterbang Antara 16 Mayat Dikenal Pasti

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan.

Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam semalam, namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia.

“Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.

Tambahnya walaupun keluarga masih bersedih dan tidak tahu keadaan jenazah mangsa, mereka lega kerana sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan jenazah selain menunaikan hasratnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ayahnya di Teluk Intan, Perak.

Sebaliknya keluarga enam beranak Tambi Jiee tetap redha walaupun tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada MAS berhubung nasib Tambi, isterinya Ariza Gazalee serta empat anak pasangan itu.

Sepupu Ariza, Zurusdi Mohamad Hol berkata keluarga masih menyimpan harapan untuk membawa pulang keenam-enam jenazah ke Semariang, Sarawak.

Turut sama menyimpan hasrat itu isteri pramugara Shaikh Mohd Noor Mahmood, Madiani Mahdi.

Madiani berkata pihak MAS menyuruh beliau bersedia namun masih belum menerima sebarang maklumat jika jenazah suaminya antara 16 yang akan dibawa pulang.

Tambahnya, pihak keluarga telah sepakat untuk mengebumikan arwah di kampungnya, di Klang jika jenazah mangsa berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat Boeing 777-200 itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – astroawani.com

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rodziah Tinggalkan Khalid, Akur Keputusan PKR

Next Post

Rupanya Pelawak Maidin Meninggal Dalam Solat…

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Rupanya Pelawak Maidin Meninggal Dalam Solat…

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd