• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: 22 Ogos Diisytihar Hari Berkabung Negara

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.

“Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena hari berkabung negara tersebut.

Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Katanya sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam. Identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara tersebut.

Muhyiddin berkata beberapa jenazah akan dibawa ke kampung halaman dan akan diiringi waris.

Setakat ini, beliau berkata pesawat Nuri akan menerbangkan tiga jenazah ke beberapa negeri di Semenanjung manakala sebuah pesawat Charlie akan menerbangkan satu jenazah ke Sarawak.

Katanya, terdapat permintaan bagi dua daripada jenazah mangsa menjalani proses pembakaran di Belanda sebelum diterbangkan ke tanah air.

Beliau berkata jenazah seorang warganegara Belanda juga akan dibawa ke Malaysia untuk disemadikan kerana terdapat permintaan dan menurutnya mangsa dipercayai asalnya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda.

Muhyiddin berkata setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.

Beliau berkata jenazah selebihnya yang sudah dikenal pasti itu belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.

“Bukan kita tidak boleh bawa sekali (semua sekali) tetapi pihak di sana (Belanda) beri kata putus bila masa sesuai boleh dibawa pulang.

“Bagi jenazah yang berbaki, kita masih menunggu isyarat daripada Belanda dan sedang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan dan MAS. Selepas 22 Ogos ini, kemungkinan selang beberapa hari ada penerbangan supaya waris tidak tunggu lama,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengadakan  upacara penghormatan jenazah bagi mangsa lain yang tiba kemudiannya tetapi upacara itu akan diadakan secara lebih ringkas.

Beliau berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pencarian semua mangsa rakyat Malaysia kerana usaha masih diteruskan bagi memasuki lokasi nahas di Ukraine yang merupakan kawasan pertempuran.

“Kita belum selesai lagi. Pihak-pihak di sana (Belanda) masih menjalankan proses forensik dan DNA. Biarlah tunggu sehingga semuanya selesai,” katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd