• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Simbah Asid: Cukup-Cukuplah Ejek Saya

oleh AK-47
15/08/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kuala Berang, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam, 12, berasa terkilan dengan tindakan segelintir rakan-rakan sekolah yang gemar mengejek mukanya yang menjadi mangsa simbahan asid bapa kandungnya pada Ogos empat tahun lalu.

Walaupun peristiwa malang itu sudah empat tahun berlalu namun kecacatan kekal pada wajahnya itu menyumbang kepada perkara tersebut yang selalu dialaminya ketika berada di sekolah.

“Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan cacian kerana semua yang berlaku ketentuan Allah dan bukan kehendak diri ini, namun saya kuatkan diri bagi mengharungi situasi berkenaan.

“Pedih rasanya hati dan dalam tidak sedar air mata bercucuran apabila sering diejek dengan perkataan ‘muka hodoh’ oleh murid lelaki ketika saya berada di sekolah,” katanya memetik Harian Metro.

Walau bagaimanapun, Dahyatul yang bercita-cita menjadi doktor ini menjadikan segala ejekan tersebut sebagai pembakar semangat buatnya untuk mengapai cita-citanya itu sejak dari kecil lagi.

Dahyatul cedera teruk di bahagian muka selepas disimbah asid oleh bapanya dalam insiden pergaduhan keluarga di Kampung Sekayu yang turut mencederakan ibu, nenek dan adik lelakinya yang berusia tiga tahun pada ketika itu. – MYNEWSHUB.MY

dahyatul1

Oleh: JULIANA JOHAR

 

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BUDI95 Bukan Duit Kerajaan, Itu Duit Rakyat – Rafizi Ramli

BUDI95 Bukan Duit Kerajaan, Itu Duit Rakyat – Rafizi Ramli

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan bahawa pelaksanaan skim BUDI95...

‘Biarlah Gagal Di Mata Manusia, Daripada Gagal Di Mata Allah’ – Rafizi Ramli

‘Biarlah Gagal Di Mata Manusia, Daripada Gagal Di Mata Allah’ – Rafizi Ramli

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan gelombang kritikan yang melabelkan dirinya sebagai 'menteri paling gagal' sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd