• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Juruterbang MAS Setia Iringi Jenazah Rakan Ke Pusara

oleh AK-47
22/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) begitu hiba tatkala menyambut ketibaan jenazah rakan setugas mereka Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, di Masjid Putra, Putrajaya.

Ketika van jenazah Angkatan Tentera Malaysia tiba di pintu masuk masjid, mereka membuat dua barisan sambil menyaksikan van berkenaan diundurkan yang mengandungi jasad rakan mereka Allahyarham Ahmad Hakimi.

JenazahSampai

Jenazah Ahmad Hakimi tiba bersama-sama dengan jenazah pramugari Nur Shazana Mohamad Salleh, 31, ke masjid selepas dibawa dari Kompleks Bunga Raya selepas selesai Istiadat Penghormatan Jenazah mangsa nahas pesawat MAS penerbangan MH17.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu,  dipercayai akibat ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Russia sehingga mengakibatkan kesemua 298 orang penumpang termasuk anak kapal terbunuh.

Hakimi_2

Ahmad Hakimi merupakan pembantu juruterbang dalam penerbangan itu daripada Amsterdam, Belanda untuk ke Kuala Lumpur dengan pesawat Boeing 777 ketika kejadian.

Bagi rakan-rakan juruterbang pemergian rakan sejawatan mereka itu lebih menghibakan apabila beliau meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang masih berusia sembilan bulan iaitu Abderrahman yang masih tidak mengetahui bahawanya bapanya telah tiada.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi dan Shazana tiba di Kompleks Bunga Raya dengan menaiki pesawat khas MH6129 selamat mendarat bersama 18 lagi jenazah lain kesemuanya warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.54 pagi hari ini.

Kesemua jenazah disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua jasad kakitangan MAS itu kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli keluarga dan rakan-rakan.

Rakan juruterbang Allahyarham Ahmad Hakimi kekal setia mengiringi jenazah beliau sehingga selesai dikebumikan kira-kira pukul 3.30 petang selepas Solat Fardhu Jumaat.

Selain rakan juruterbang, rakan pramugari yang sejawatan dengan Nur Shazana turut mengiringi jenazahnya bermula dari KLIA sehinggalah selesai disemadikan. – Mynewshub.my

Oleh : Ibnu K

Tags: JuruterbangMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

Juruterbang Batik Air Tertidur Di Tengah Penerbangan

09/03/2024
0

SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd