• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badminton: June Wei Layak Ke Suku Akhir

oleh AK-47
19/08/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NANJING – Pemain badminton perseorangan lelaki remaja negara, Cheam June Wei berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas mengalahkan pemain Turki, Muhammed Ali Kurt 2-0 pada saingan penutup tirai peringkat kumpulan C, temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di sini.

Acara perseorangan lelaki itu yang berlangsung di Pusat Sukan Gymnasium, dekat sini, menyaksikan Cheam June Wei yang menduduki ranking keenam terbaik remaja dunia, beraksi cemerlang petang ini untuk menyingkirkan pemain yang menduduki ranking ke-13 remaja dunia itu dengan kutipan mata 21-14 dan 21-6 dalam masa 33 minit.

Pemain badminton pelapis kebangsaan yang berusia 17 tahun itu berkata beliau merasa gembira dengan kejayaan itu kerana tidak perlu bekerja keras untuk mara ke peringkat suku akhir dan berharap mampu meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir jika dapat mengalahkan lawannya esok.

“Sudah pasti sebagai atlet negara saya rasa gembira dengan kejayaan hari ini walaupun perjalanan ke final masih jauh, namun saya akan terus bekerja keras untuk menghadapi lawan pada aksi berikutnya,” katanya kepada Bernama di sini
hari ini.

Cheam June Wei berkata kejayaan hari ini masih belum meletakkan dirinya dalam keadaan selesa kerana beliau perlu mara sekurang-kurangnya ke perlawanan pusingan separuh akhir jika ingin membawa pulang pingat untuk negara.

Nasib berbeza menimpa pemain badminton perseorangan wanita remaja negara, Lee Ying Ying apabila beliau tewas 0-2 kepada pemain perseorangan remaja wanita China, Bing Jiao He pada aksi penutup tirai kumpulan H hari ini.

Ying Ying terpaksa melupakan impiannya untuk mara ke peringkat suku akhir acara tersebut setelah tunduk 21-18 dan 21-14 kepada Bing.

Pada sebelah malam, Cheam June Wei dijadual beraksi dalam acara beregu campuran dan akan digandingkan bersama pemain Hong Kong, Tsz Yau Ng bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan C apabila dijadual bertemu pasangan beregu campuran, Lim Guipu (China) dan Kim Gaeun (Korea Selatan).

Berbeza dengan kejohanan badminton lain, YOG 2014 menetapkan syarat beregu campuran perlu berpasangan dengan negara lain dan tidak dibenarkan berganding bersama rakan senegara. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

EPL: Chelsea Belasah Ke Atas Burnley 3-1

Next Post

Acer Iconia Tab 7: Phablet Dengan Harga Pembukaan RM499

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Acer Iconia Tab 7: Phablet Dengan Harga Pembukaan RM499

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd