• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Mengusung Jenazah Turut Sedih

oleh AK-47
22/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang ditugaskan mengusung jenazah mangsa pesawat MH17 merasa sedih apabila berdepan dengan keadaan sebenar membawa jenazah.

Bagi Lans Koperal Mohd Halim Othman, 26, beliau mula berasa sedih sebaik memasuki pintu pesawat khas MH6129 yang menerbangkan 20 jenazah dari Amsterdam, untuk menurunkan keranda milik penumpang pesawat Muhammad Afif Tambi.

“Perasaan sedih saya memang tidak boleh dibayangkan. Apatah lagi, ini kali pertama saya terlibat dalam istiadat penghormatan jenazah,” katanya kepada Bernama selepas tamat istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara bangsa KL di sini hari ini.

Beliau berkata raptai mengusung jenazah dilakukan sejak 25 Julai lalu.

Koperal Che Wan Mohd Nazrin Che Wan Azmi, 30, pula semakin kuat merasai perasan sedih apabila melintasi khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa untuk ke pesawat khas itu.

“Memandangkan kami hanya mengetahui nombor keranda yang akan diusung, saya beranggapan saya tidak akan berasa begitu sedih. Tapi apabila berada di depan anggota keluarga mangsa, saya turut terkesan kerana melihat mereka mengesat air mata,” katanya.

Che Wan Mohd Nazrin ditugaskan mengusung keranda jenazah anak kapal Azrina Yakob.

Sarjan Jeffery Semat, 33, selaku ketua pengusung jenazah penumpang Ariza Ghazalee, turut sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.

“Saya mendoakan supaya jenazah yang diusung itu merasa tenang kerana akhirnya dapat disemadikan di tanah air,” katanya.

Di sebalik kesedihan itu, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jeneral Datuk Azizan Md Delin berpuas hati dan berbangga dengan komitmen 450 anggota berbeza pangkat pada istiadat julung kali melibatkan orang awam itu.

Beliau berkata beliau juga bersyukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memberi markah terbaik dengan pretasi yang ditunjukkan para anggota, yang diucapkan perdana menteri secara lisan sebaik upacara tamat.

Pujian turut diberikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kelancaran majlis adalah berkat usaha semua anggota lain-lain pangkat yang tidak jemu berlatih sejak 25 Julai lalu sehingga mereka tidak dapat bercuti pada Aidilfitri,” kata Azizan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: MH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd