• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Unit Rumah Teres Tergendala Akan Selesai

oleh Sifulan
10/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri Sabah akan bekerjasama bagi menyelesaikan isu projek pembinaan 500 unit rumah teres di Taman Saujana Kinabalu, yang tergendala sejak lima tahun lalu demi kepentingan pembeli.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata masalah perumahan di daerah Ranau, di bawah kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), merupakan cabaran besar bagi kementeriannya dan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

“Sebelum sesuatu projek perumahan dikategorikan sebagai terbengkalai, ia memerlukan proses yang panjang. Pemaju perumahan mesti bersetuju, pembeli mesti bersetuju dan pihak bank mesti bersetuju (untuk projek itu diisytihar sebagai terbengkalai) Kalau pembeli tidak bersetuju, kementerian saya tidak boleh mengisytiharkan rumah itu sebagai rumah terbengkalai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tuaran, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pembinaan projek perumahan berkenaan yang tergendala sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pembeli.

Justeru kata Abdul Rahman ketiga-tiga pihak mesti terlebih dahulu bersetuju bahawa sesuatu projek bermasalah itu sebelum pihak kementerian mengisytiharkannya sebagai terbengkalai.

Katanya selepas persetujuan seperti itu diperoleh dan sesuatu projek itu sudah diisytihar sebagai terbengkalai baharulah pihak kementerian boleh mengambil tindakan termasuk mencadangkan langkah-langkah pemulihan.

Mengenai masalah projek rumah terbengkalai di Lahad Datu melibatkan kira-kira 1,000 unit, Abdul Rahman berkata kementeriannya sedang berusaha memulihkannya. – BERNAMA

Tags: Rahman DahlanRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

15/04/2024
0

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa' Umor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd