• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ungkapan ‘Bangsa Johor’, Rasa Bangga Diri Tidak Sihat

oleh AK-47
24/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH menjadi ikutan terkini apabila anak kelahiran Johor akan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Bangsa Johor’. Namun, ungkapan tersebut dilihat memberikan impak negatif kepada negara ini.

Perkara ini dinyatakan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap ungkapan tersebut sebagai mempromosikan semangat kenegerian.

Memetik laporan Malay Mail, beliau yang ditemui dalam satu sesi soal jawab pada sebuah forum di Putrajaya hari ini berkata, mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, ungkapan unik tersebut dilihat sebagai menggalakkan rasa bangga diri yang ‘tidak sihat’ berbanding negeri-negeri lain.

Kata Mahathir, tindakan seperti itu boleh memecahkan Kesatuan Persekutuan (Malaysia) dan rakyat sewajarnya mempromosikan negara ini tanpa membeza-bezakan negeri.

“Menekankan kerakyatan negeri bukan perkara yang begitu sihat. Saya tidak mahu melihat kita ke arah itu kerana kita semuanya adalah sama,” katanya.

Mahathir berkata, adalah hak mereka (Kerabat Diraja Johor) untuk mempromosikan idea itu namun, rakyat perlu bekerjasama kerana hanya perpaduan akan menjadikan negara lebih makmur.

Pada awal Jun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lantang dalam meluahkan isi hatinya pernah melontarkan pesanan kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.

“….Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau mengeluarkan negeri Johor daripada Malaysia,” menurut titah baginda tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd