Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR- Paras ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan...

SKR1M Tingkat Kapasiti Jalur...

KOTA KINABALU - Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sistem kabel fiber optik dasar...

Amalan Biasa Pemimpin Simpan...

KUALA LUMPUR - Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam...

Pelancong Malaysia Ada Video...

PERTH - Seorang pelancong Malaysia diusir dari Australia semalam selepas video memaparkan ‘seks...

Perancis Larang Foto Muka Senyum, Sedih Dalam Pasport

PARIS – Seorang lelaki di Perancis mengemukakan tuntutan kepada pihak mahkamah setelah tidak berpuas hati tindakan imigresen melarang wajah foto tersenyum dalam pasport negara tersebut.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada Jumaat melaporkan, lelaki berkenaan hanya dikenali sebagai Thierry itu mendakwa larangan wajah tersenyum ceria untuk foto pasport tidak sah berdasarkan undang-undang Perancis.

Dia yang dilaporkan bertugas sebagai pegawai kanan agensi pemerintah, juga menyatakan bahawa peraturan aneh mengenai penggunaan foto berwajah serius bakal membuatkan orang Perancis menjadi lebih sedih dan merana!

Namun dakwaan tersebut ditolak oleh sebuah mahkamah tempatan yang menjelaskan bahawa untuk foto pasport memang harus dengan mulut tertutup dan ekspresi wajah perlu natural, sekali gus muka tersenyum dilarang keras.

(ARCHIVES) Photo prise le 12 avril 2006 d'une personne de l'Imprimerie Nationale de Flers-en-Escrebieux, prËs de Douai, prÈsentant un spÈcimen du passeport biomÈtrique franÁais, obligatoire pour se rendre aux Etats-Unis. Le passeport biomÈtrique, contenant une photo et les empreintes digitales numÈrisÈes et dont les premiers exemplaires seront disponibles ‡ l'automne, a ÈtÈ lancÈ officiellement par un dÈcret paru le dimanche 4 mai au Journal officiel. Le passeport biomÈtrique, intitulÈ simplement "passeport", succËdera progressivement au passeport Èlectronique dont six millions d'exemplaires ont ÈtÈ fabriquÈs depuis le 13 avril 2006. ConformÈment ‡ un accord europÈen du 13 dÈcembre 2004, les passeports biomÈtriques franÁais devront Ítre disponibles avant le 28 juin 2009. D'ici l‡, 2.000 mairies seront ÈquipÈes de machines gratuites qui enregistreront les photos et empreintes digitales numÈrisÈes insÈrÈes dans la puce de ces passeports. AFP PHOTO PHILIPPE HUGUEN
AFP

Menurut seorang hakim dalam penghakimannya, penampilan wajah sedih dan gembira sebenarnya tidak termasuk dalam ekspresi muka natural untuk urusan kegunaan rasmi pasport oleh mana-mana imigresen di seluruh dunia.

Akhbar terkenal Perancis, Le Parisien, melaporkan bahawa Thierry membawa kesnya kepada pihak pengadilan setelah pejabat imigresen yang mengurus pasport dirinya menolak foto kerana dianggap ‘sedikit tersenyum’.


Malah berdasarkan peraturan imigresen, foto wajah wajib memaparkan keseluruhan muka tanpa menampakkan gigi atau mimik senyum atau sedih dengan mata mesti terbuka pandang ke hadapan walaupun memakai cermin mata.

Dalam pada itu menurut BBC, keputusan mahkamah tersebut adalah bersifat muktamad dan mengikat sehingga Thierry tidak mempunyai pilihan kecuali merakamkan foto baharu tanpa senyum! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori