Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Anak Najib Menang Ketua...

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nazifuddin Najib berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi...

Pendidikan Terengganu Cemerlang Sokmo

MARANG - Cerita kejayaan Terengganu dalam bidang pendidikan bukanlah perkara baru dan saban...

Sabah Sasar Empat Juta...

KOTA KINABALU - Sabah menyasarkan ketibaan empat juta pelancong pada tahun depan, kata...

4 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?

JIKA anda peminat setia program Gegar Vaganza (GV), pasti anda juga tidak sabar untuk menyaksikan bukan sahaja peserta, malah gelagat pengacaranya, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Ahad lalu merupakan konsert pertama untuk musim keempat yang akan berlangsung selama lapan minggu.

Menampilkan 12 peserta yang berpengalaman dalam industri, program ini seakan-akan membawa kembali zaman kegemilangan mereka.

Namun, baru-baru ini, Chef Wan yang juga juri jemputan pada konsert minggu pertama itu ada melontarkan sedikit pendapat tentang pengacaraan Nabil dan Jihan.

Menerusi laman Instagram, cef selebriti itu memberikan komennya yang menyatakan pengacaraan mereka berdua pada malam itu agak keterlaluan.

Nabil dan Jihan memang terkenal dengan gaya pengacaraan yang bersahaja dengan lawak-lawak yang dilontarkan, namun, Chef Wan seperti kurang bersetuju dengan gaya tersebut.

“Saya rasa Nabil perlu banyak berlatih dengan apa yang nak diperkatakannya kerana ia seakan tidak sopan untuk bergurau begitu dengan Datuk Ramli.

“Beliau orang yang berumur dan berpengalaman, jadi jangan bergurau yang bukan-bukan kerana ia agak menjengkelkan,” tulisnya di laman Instagram.

Chef Wan juga menegur mereka yang seakan banyak cakap hingga membataskan percakapan juri untuk memberi komen. Sedangkan yang perlu diutamakan ialah persembahan dan komen juri, bukan celoteh pengacara.


Katanya, juri tetap dari Indonesia, penyanyi Hetty Koes Endang dilihat turut mengherdik dan menyoal bila beliau boleh memberikan komen.

“Banyak kali saya lihat Ibu Hetty herdik sampai kata ‘Bagi Ibu cakap sekarang, boleh?’ Bukan sekali tapi dua kali beliau kata begitu,” tulisnya lagi.

Chef Wan turut menasihatkan supaya mereka berdua lebih menghormati para peserta yang lebih senior dalam industri serta juri-juri program itu.

Dalam pada itu, Chef Wan masih turut memuji Nabil dan Jihan yang secara umumnya merupakan pengacara bagus dan hebat beraksi di pentas.

Program itu membariskan nama-nama besar seperti Aishah, Aqasha, Elyana, Firman, Ferhad, Haida, Hazami, Lan (Kristal), Liza Hanim, Raja Azura, Syura dan Tia (Jinbara). – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori