• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemerlang SPM 18A Tapi Ditahan ‘Cium’ Pipi Sultan

oleh
13/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Padah cuba cium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota Johor 2017, seorang gadis yang pernah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa ditahan pihak polis.

Insiden yang tidak dijangka itu berlaku ketika Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang bersalaman dengan orang ramai di hadapan Restoran Marrybrown, Jalan Medan Putra, Taman Medan Putra, Air Hitam dekat sini kelmarin.

MYNEWSHUB difahamkan, kejadian bermula apabila suspek iaitu Nadiah Amirah Jamil dari Sungai Tongkang Tambak, Rengit, di sini memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda pukul 8.45 pagi Isnin lalu.

Ini menyebabkan tiga anggota polis kemudian bertindak menahan gadis berusia 28 tahun itu namun dia enggan memberikan kerjasama dan berlaku sedikit pergelutan mengakibatkan kecederaan kecil di bahagian bibir suspek.

Wanita itu turut buat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Berdasarkan daripada siasatan awal pihak polis, Nadiah tidak mempunyai sebarang senjata berbahaya bahkan semakan ke atas latar belakang dirinya juga mendapati dia tidak pernah memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati bahawa dia pernah mengalami gangguan emosi sejak tahun 2007 kerana gagal mendapat keputusan 19A dalam peperiksaan SPM lalu, sebaliknya hanya mampu memperoleh 18A 1B.

Suspek juga pernah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’ Johor pada September 2011 dan seorang ustaz yang merawatnya menyatakan bahawa Nadiah juga berkemungkinan mengalami gangguan sihir.

Pihak polis telah membuat rakaman percakapan keluarga dan mereka turut menyatakan Nadiah ada masalah gangguan emosi hingga pernah menyatakan mahu mengahwini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Kes yang kini tular menerusi media sosial dirujuk sebagai berkelakuan kurang sopan terhadap Sultan Johor dan siasatan terperinci masih lagi dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Luah Tular Bidan Ini: ‘Sibuk Sebab Seks Malam Krismas’

Next Post

Sedia Statistik Kemalangan Industri Pelancongan

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

Sedia Statistik Kemalangan Industri Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd