Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya...

Tidak semua beruntung merasai dan menikmati keindahan cinta sejati ala-ala kisah dongeng Cinderella.Ini...

Muhyiddin Akan Dikenakan Tindakan...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika...

Terima Kasih TMJ

Kuala Lumpur : "Penghargaan kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor,...

Alibaba Catat Rekod Baharu...

SHANGHAI - Alibaba Group (Alibaba) mencatatkan rekod baharu untuk acara Satu Hari, dengan...

BNM Sahkan Berlaku Kerugian Sewaktu Mahathir Jadi PM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bank pusat itu pernah mengalami kerugian besar kira-kira 25 tahun lalu sewaktu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

BNM dalam satu kenyataan media di sini berkata, kerugian dialami bank tersebut disebabkan oleh kerugian akibat aktiviti pertukaran asing (forex).

“Liputan media mengenai kerugian pertukaran asing baru-baru ini merujuk kejadian yang berlaku hampir 25 tahun lalu.

“Sejak itu, BNM telah mencapai kemajuan, lebih kukuh, lebih telus dan lebih bertanggungjawab,” kata kenyataan itu hari ini.

Media hari ini melaporkan bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan BNM pernah mencatatkan kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan forex sepanjang 1991 hingga 1993.

Ia jauh lebih besar daripada jumlah yang pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini. Katanya Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu.

Menurut beliau, aangka sebenar adalah amat tinggi tetapi sengaja dibiarkan oleh Mahathir konon kerugian mega itu sebagai tidak menjejaskan ekonomi negara.


“Apa yang pelik tiada siasatan lanjut pernah dijalankan walaupun kerugian BNM mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa hanya mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ begitu sahaja,” katanya.

BNM dalam pada itu meminta semua pihak memberi tumpuan kepada usaha memastikan sistem kewangan dan ekonomi negara kekal berdaya tahan dan terus stabil dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak pasti pada masa ini.

Baru-baru ini Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) turut mendedahkan tentang skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) melibatkan Mahathir pada tahun 1980-an. – MYNEWSHUB.CC

Kategori