Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Mahu Muhyiddin, Takiyuddin...

KUALA LUMPUR - UMNO meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Takiyuddin...

Bakti Muncul Juara Kejohanan...

KUALA LUMPUR – Pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan...

Thien How Keluar BAM,...

PEMAIN beregu lelaki negara, Tan Boon Heong mengakui kecewa dengan tindakan yang dibuat...

3 Beranak Maut, 4...

GUA MUSANG - Tiga beranak maut dan empat cedera dalam kemalangan membabitkan kereta...

Muhyiddin Bakal Jalin Kerjasama Dengan DAP?

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya terdapat tiga subjek yang menjadi persamaan diantara Muhyiddin dan UMNO Johor dengan DAP untuk menyerang Najib waktu ini iaitu dalam isu derma politik, 1MDB dan SRC International.

“Rekrut terkini untuk agenda (jatuhkan Najib) tidak lain iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) kerana mesejnya di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pagoh bahawa perlu segera menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal.

“Dengan tiga subjek itu, Pakatan Harapan [DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN)] akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP berkata, kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor secara tidak langsung akan memberi ruang kepada DAP dan  Pakatan Harapan memperluaskan penguasaannya di Johor.


Katanya, kerjasama dengan Muhyiddin dan pasukannya itu akan turut menambah potensi  pembangkang yang telah pun berjaya memenangi beberapa kerusi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, jika UMNO tumbang di Johor pada PRU akan datang, tiada cara untuk BN mempunyai majoriti di Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan lagi.

Muhyiddin yang marah kerana digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu agresif menyerang kepimpinan Najib termasuk berusaha menumbangkan Presiden UMNO itu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2015, namun usahanya tidak mendapat sambutan.

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori