• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Yakin Masyarakat Malaysia Tolak Laungan Perpaduan Islam

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin tiga juta ahli UMNO dan satu juta ahli PAS menolak laungan perpaduan umat Islam yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah di Johor berkata, perpaduan Islam dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut dibantah orang Melayu yang kini mula menentang kerajaan.

“Penjajaran politik baharu yang menyaksikan UMNO dan PAS berkerjasama boleh menjadikan Barisan Nasional (BN) lebih kuat dan meluas berbanding gabungan UMNO dengan 13 parti sayap BN yang lain.

“Usaha untuk menyelamatkan Najib ini akan ditolak oleh tiga Juta ahli UMNO dan satu juta ahli PAS,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib selaku Presiden UMNO dan Abdul Hadi selaku Presiden PAS memeranjatkan ramai pihak apabila mereka bersama-sama menyertai Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015 di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka dalam ucapan masing-masing turut menyatakan tentang kepentingan untuk umat Islam kembali bersatu padu selepas sekian lama berbalah hanya kerana sentimen politik.

Najib secara terbuka turut menghulurkan salam persaudaraan kepada Abdul Hadi dan perkembangan positif itu dilihat ramai pihak merintis jalan perpaduan antara Pas dan UMNO.

UMNO dan PAS merupakan dua parti terbesar umat Islam negara ini yang selama ini terpisah disebabkan ideologi politik. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]t5k8sG-05Zs[/wpdevart_youtube]

Tags: DAPLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd