Wanita Jatuh Cinta Lebih Senang Kurus

SEMASA awal-awal bercinta, selalunya kaum wanita akan cenderung untuk let loose dan makan dengan kadar lebih banyak daripada normal akibat terlalu selesa atau gembira dengan teman lelaki.

Keadaan ini membawa kepada pertambahan berat badan dalam masa singkat sahaja.

Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan berat badan mereka akan menurun selepas jatuh cinta.

Menurut sebuha kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature Communications, apabila peningkatan emosi wujud, termasuk ketika bersama pasangan, tubuh kamu mampu meningkatkan tahap serotonin, iaitu hormon yang berkaitan perasaan gembira.

Kajian ini turut menunjukkan apabila tahap serotonin meningkat, otak menghasilkan isyarat pada sel di dalam usus untuk menukar lemak kepada tenaga.

Ini sememangnya satu berita baik untuk wanita-wanita obes di negara ini.

Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2016 menunjukkan 17.7 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap obesiti dan 44.4 peratus daripada angka itu merupakan wanita.

Mungkin wanita kini tidak perlukan pil-pil diet lagi; untuk kurus caraya mudah sahaja, hanya jatuh cinta!-VVANITA.MY

Loading...