Tekanan Darah Tinggi Pembunuh No.1 Wanita

Selain penyakit jantung, tekanan darah tinggi yang todak stabil juga menjadi pembuuh nombor satu di kalangan wanita. Menurut Dr. Norintan Zainal Shah, pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Columbia Asia Seremban, punca tekanan darah tinggi primer (primary hypertension) masih belum diketahui.

Namun, salah satu teori adalah kerana ia disebabkan oleh penyempitan salur darah atau arteri. Arteri bertanggungjawab membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tubuh ini memounyai sifat yang kenyal. Bila usia meningkat, dinding arteri yang asalnya kenyal menjadi keras dan salura arteri menjadi sempit.

Wanita yang sudah menopaus pula lebih berisiko kerana mereka mempunyai tahap hormon estrogen yang berkurangan untuk melindungi diri mereka daripada tekanan darah tinggi.

Jelas Dr. Norintan lagi, mengamalkan gaya hidup sihat adalah cara yang paling penting untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya ini. Antaranya:

1. Jaga berat badan
Pastikan berat badan anda tidak tergolong dalam kumpulan obes. Tahukah anda, sebenarnya indikasi darah tinggi adalah berdasarkan ukuran pinggang? Bagi wanita, ukuran pinggang melebihi 35 inci meningkat risiko seseorang wanita untuk mengalami darah tinggi, selain kesukaran untuk bernafas semasa tidur (sleep apnea) yang menjadikan bekalan oksigen ke otak berkurangan.

2. Lakukan senaman
Senaman digalakkan untuk mengurangkan risiko darah tinggi. Senaman kardiovaskular selama 30 minit setiap hari termasuklah berjalan kaki, berenang, menari dan sebagainya. Jika berminat, senaman dengan menggunakan alat pemberat juga boleh membantu.

3. Makan makanan sihat
Jangan makan terlalu banyak garam atau makanan yang masin. Selain itu, pastikan anda mengambil karbohidrat berserat tinggi dan protein daripada bahagian kurang lemak seperti dada ayam atau ikan, mengurangkan gula dan juga lemak atau minyak pada masakan.

4. Elakkan terlalu banyak kafein, alkohol dan nikotin
Merokok dan mengambil minuman beralkohol dan berkafein akan meingkat risiko darah tinggi oleh kerana kandungan merbahaya bahan-bahan tersebut. Ini kerana alkohol, kafein dan nikotin menyempitkan saluran darah sekaligus melambatkan proses darah mengandungi oksigen untuk sampai ke otak.

5. Tangani stres dengan bijak
Ingatlah, tidak ada kehidupan yang ‘bebas’ daripada stres. Terdapat pelbagai cara untuk mengawal tekanan kehidupan. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang memahami. Anda juga boleh melakukan aktiviti riadah yang digemari seperti berlari, bermain badminton atan berbasikal untuk mengelakkan stres.

Masalah hipertensi boleh hadir tanpa sebarang tanda. Oleh itu, kaum wanita disarankan untuk melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jika bacaan tekanan darah anda mencecah 140/90mmHg, segeralah mendapat khidmat nasihat daripada klinik atau hospital yang berhampiran. Ini kerana, jika tidak merawat tekanan darah tinggi ini, dikhuatiri penyakit lain yang lebih merbahaya pula yang akan timbul seperti angin ahmar (strok0 dan serangan sakit jantung.-VVANITA.MY

Loading...