Skinny Jeans Penyebab Utama Sakit Tulang Belakang?

Berita buruk untuk peminat seluar jeans skinny: ia mungkin punca kerosakan tulang belakang

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kiropraktik Britain (BHA) menyenaraikan lima item fesyen di dalam gobok yang mungkin menjadi penyebab sakit tulang belakang.

Sejujurnya, VVANITA.MY menjangkakan kasut tumit tinggi akan ‘mengungguli’ senarai tersebut, namun telahan kami meleset sama sekali. Pakar kiropraktor mendapati bahawa jeans ketat merupakan antara item pakaian yang akan mendatangkan kerosakan paling teruk kepada tulang belakang.

Selepas jeans skinny, senarai itu turut menamakan beg besar, kot berhud dan kasut sarung.

Jelas Tim Hutchful, salah seorang kiropraktor di BHA, jeans skinny merupakan masalah kerana seluar jenis itu “mengehadkan pergerakan bebas di bahagian pinggul dan lutut, sekaligus menjejaskan cara kita mengawal tubuh kita.”

Dan oleh kerana postur menjadi penyumbang terbesar kepada faktor sakit belakang,maka semakin lama kesihatan tulang belakang pemakai jeans skinny akan menjadi lebih terjejas, lebih-lebih lagi jika mereka memakai seluar jenis itu setiap hari.

Bagaimanapun, Hutchful berkata anda tidak perlu buang terus jeans skinny anda ke tong sampah hanya kerana mahu elak daripada sakit belakang.

Kiropraktor itu menasihatkan agar anda kurangkan kekerapan memakai seluar itu dan gantikan dengan pakaian lain seperti skirt atau celana yang lebih longgar.

Ini berita baik juga, kerana seluar wide-leg memang sedang on-trend sekarang.

Untuk stail terbaru dan pilihan seluar wide-leg yang cantik-cantik, bolehlah rajin-rajin cuci mata di webstore Inayah dan Poplook. Serius rambang mata!-VVANITA.MY

Loading...