Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut Treler Terjunam...

KUANTAN - Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan yang dipandunya terjunam ke tebing...

UMNO Perlu Pimpinan Baharu...

KUALA LUMPUR - "UMNO memerlukan satu barisan kepimpinan baharu yang mampu memulihkan parti...

Remaja OKU, Muhammad Firdaus...

SEREMBAN - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam...

Cubaan Samun: Lelaki Cedera...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala dan bahu dipercayai...

Risau Badan Gemuk Lepas Bersalin? Cuba Amalkan 5 Petua Ini

MENJADI seorang ibu adalah detik yang paling bahagia untuk wanita yang sudah berkahwin, tetapi kerisauan tentang perubahan bentuk badan juga tidak dapat dielakkan.

Siapa yang tak risau jika bentuk badan tidak kembali ke asalnya seperti sebelum hamil apatah lagi baju-baju lama sudah mulai ketat!

Tambahan pula, ramai kawan yang hamil tetapi berjaya mendapatkan badan ke bentuk asal seperti sebelum hamil. pasti mengundang rasa hampa dan rendah diri!

Ya, bukan semua bentuk badan wanita sama. Mungkin juga metabolisme badan kawan kita itu lebih tinggi dan ia membolehkan berat badannya turun dengan cepat dan mudah.

Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah? Tak kan nak duduk diam saja?

Secara umumnya, penjagaan dalam tempoh berpantang amatlah penting. Amalan dan petua orang lama juga memberi kesan kepada tubuh kita untuk masa depan. Jadi, proses penjagaan badan perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan anak.

Kami di VVANITA.MY kongsikan 5 cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan selepas melahirkan bayi. Selamat mencuba!

Tips kekal kurus selepas bersalin

1- Penyusuan

Penyusuan bayi dapat membakar sebanyak 500 kalori!

Penyusuan bayi sangat-sangat membantu dalam proses penurunan berar badan dan para wanita yang menyusu badan digalakkan agar tidak terlampau memilih diet yang ekstrem dan perlu memilih makanan yang benar-benar sihat supaya lebih banyak susu yang boleh dihasilkan. jangan cari alasan untuk tidak memberikan susu badan kepada bayi anda.

2- Bengkung


Salah satu cara berpantang tradisional ialah berbengkung. Berbengkung dapat mencegah daripada peranak ‘jatuh’, mengecutkan semula rahim dan memulihkan kulit perut. Jadi, masalah lemak berlebihan di bahagian perut juga dapat diatasi dengan cara ini.

Petua orang lama, sebelum berbengkung sapukan bahagian perut dengan bahan campuran seperti lada hitam, raga tapai dan asam jawa.

3- Bertungku

Perut lebih mudah buncit dan mengeleber selepas bersalin kerana lapisan yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Tujuan bertungku adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan semula rahim serta urat saraf di sekeliling peranakan.

4- Berurut

Salah satu daripada tips penting ialah berurut. Ia dapat memulihkan kesegaran badan, melancarkan perdaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan ia juga akan memperceoatkan proses pengeluaran darah nifas.

5- Pemakanan sihat

Sepanjang tempoh berpantan, amatlah dinasihatkan agar para ibu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang kerana perlu menjayakan penyusuan bayi yang baru lahir. Dengan penyusuan yang sempurna, ibu dapat menjaga badannya dan bayi juga akan mendapat nutrisi yang lengkap di awal tumbesaran.

Contohnya, makan sayur-sayuran yang direbus, memakan ikan bakar dan tidak mengambil makanan yang digoreng. Elakkan juga  makanan dan minuman yang sejuk. Berpantang dengan betul akan membantu badan anda dalam jangka masa yang panjang. -VVANITA.MY

Kategori