Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara Curi Barangan...

KUALA LUMPUR - Padah mencuri barangan makanan dan mandian bernilai RM371.90 dari Pasaraya...

Neelofa Ikat Kontrak Bersama...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon popular, Neelofa, menjadi satu-satunya selebriti berhijab menandatangi...

Angka Korban Di Filipina...

MANILA – Pasukan penyelamat Filipina melancarkan operasi mengesan mangsa-mangsa yang masih hidup dan...

KDN Minta PPIM Serah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan...

Proses Penuaan, Kulit Kusam & 5 Cara Mencegahnya

SETIAP manusia akan melalui proses penuaan. Proses ini berkali seiring dengan usia seseorang. Apabila penuaan berlaku, mula timbul garis-garis halus pada wajah dan akhirnya akan menjadi kedutan.

Setiap orang pastinya tidak mahu mengalami proses tersebut dan ingin sentiasa kelihatan awet muda. Tidak dimakan usia gitu…

Oleh itu, pelbagai cara dilakukan supaya keadaan fizikal mereka kelihatan seperti 20 – 30 tahun lebih muda walaupun sudah menginjak usia senja.

Pada kebiasaannya, proses penuaan ini kerap terjadi kepada seseorang yang mempunyai jenis kulit yang kering, kekurangan kadar sebum, iaitu kandungan minyak yang melindungi kulit dari pencemaran dan melembapkan kulit.

Proses awal penuaan akan menunjukkan tanda seperti kulit kelihatan kering, pecah-pecah, bersisik, kasar dan disertai dengan kedutan serta timbulnya bintik-bintik hitam di bahagian wajah.

Kulit manusia terdiri daripada dua lapisan:

1- Epidermis ( lapisan luar)


Menghasilkan sel baru setiap hati bagi menggantikan sel lama / sel mati.

2- Dermis (lapisan tengah)

Terdiri daripada 3 elemen penting iaitu kolagen, elastin dan fibroblast.

  • Fibroblast akan mengahsilkan kolagen. Kolagen dan elastin ialah protien yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan pada kulit. Hampir 70% peratus daripada tisu kita terdiri daripada kolagen.

Penuaan Pra-Matang

Penuaan pra-matang adalah proses penuaan yang berlaku lebih cepat dari yang sepatutnya dan akan menjadikan mereka yang mengalaminya kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Punca penuaan pra-matang ini disebabkan oleh pembaharuan sel kulit yang semakin perlahan.

Ia juga diperngaruhi oleh pengeluaran kolagen dan elastin. Penuaan pra-matang ini juga berlaku dengan cepat jika seorang individu itu tidak cukup tidur dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

Cara Cegah Kulit Kusam & Penuaan

  • Minum banyak air kosong.
    Ketika usia semakin bertambah, kulit akan menjadi kering. Anda akan mula menyedari kulit menghasilkan sedikit minyak tidak seperti sebelumnya. Oleh itu pastikan anda selalu menjaga tubuh daripada terhidrat dengan minum banyak air.
  • Tidur yang mencukupi.
    Apabila kulit mula mengalami penuaan, walaupun kurang tidur beberapa jam sajaboleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata dan akan menampakkan anda lebih tua dari yang sepatutnya.
  • Rajin menjaga dan membersihkan kulit.
    Anda boleh menggunakan solekan pada wajah anda,  namun pastikan anda rajin membersihkan solekan tersebut sebelum tidur. Kosmetik dari bahan kimia akan mempercepatkan munculnya kedutan pada wajah.
  • Guna bahan-bahan semula jadi.
    Amalkan  penggunaan bahan semula jadi pada kulit anda seperti ekstrak tumbuhan dan buah-buahan supaya kulit semakin sihat. Gunakan juga  bahan-bahan anti-penuaan semula jadi seperti kunyit, susu dan lidah buaya agar kulit menjadi lebih sihat.
  • Mengamalkan pemakanan yang kaya antioksidan dan sihat.
    Apa yang anda makan juga memainkan peranan yang penting dalam melambatkan penuaan kulit. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti beri, brokoli dan lada dapat membantu membina kolagen segar di bawah kulit anda. -VVANITA.MY

Kategori