Kesilapan Kerjaya Ramai Selalu Buat Ketika Usia 20-an

Nak dapatkan kerjaya yang kamu ingini? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang menakutkan supaya tak rasa menyesal di kemudian hari.

Ini antara sebab-sebab mengapa kamu masih di takuk yang sama:

1. Menunggu bulan jatuh ke riba

Kamu sangka Datuk Siti Nurhaliza hanya menyanyi di hadapan cermin bilik tidurnya semasa remaja dan ditawarkan kontrak nyanyian? Tidak! Dia berusaha kuat sehingga ke tahap dia menerima pendedahan yang mengubah hidupnya selamanya, iaitu di pentas Bintang RTM ketika berusia 16 tahun.

Samalah situasinya apabila kamu hendak mendapatkan kerja yang kamu diingini. Jangan tunggu hingga iklan jawatan kosong syarikat itu keluar baru mahu hantar resume, sebaliknya, tunjukkan minat kepada syarikat tersebut dengan meninggalkan kad nama atau resume kamu terus pada receptionist.

Mana tahu, kesungguhan kamu akan disedari syarikat tersebut dan usaha kamu berhasil.

2. Kamu takut mengambil risiko

Cuba ambil masa dan fikirkan tentang seseorang yang kamu kagumi.  Kemudian, fikirkan bagaimana mereka jadi tokoh berpengaruh dalam bidang mereka. Kemungkinan besar, mereka lakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh majoriti orang di sekeliling mereka.

Jika kamu mempunyai cadangan atau idea yang boleh memberi kebaikan kepada organisasi kamu bekerja, jangan tunggu sehingga peluang dibuka. Sebaliknya, kemukakan apa sahaja pendapat kamu tanpa merasa takut jika idea kamu ditolak.

3. Biarkan ego dan sikap mengada-ngada membayangi bakat kamu

Tidak salah sekali-sekala ‘mengipas’ diri sendiri untuk menonjolkan diri kamu di pejabat. tetapi kamu perlulah tahu bahawa memaksa orang lain untuk memberikan penghargaan kepada kamu bukanlah sesuatu yang akan mendatangkan kesan yang baik kepada karier.

Sepatutnya, jadilah team player yang bersungguh-sungguh bekerja sebagai kumpulan. Bila kamu berjaya laksanakan sebuah tugas, kumpulan kamu juga akan berjaya. Kan lebih seronok begitu?

4. Berpakaian tidak kena tempat

Mulakan kebiasaan memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan sekeliling di pejabat sejak latihan industri lagi. Tanggapan pertama memberi gambaran yang berkekalan terhadap imej dan personaliti kamu, jadi pakailah pakaian yang menonjolkan kematangan dan betapa seriusnya kamu terhadap kerjaya.

5. Menerima ‘tidak’ sebagai jawapan muktamad

Kadangkala kamu perlu meyakinkan rakan sekerja kamu lebih daripada sekali untuk mereka akhirnya beralah dengan pendapat kamu.

Misalnya, jika kamu perlukan wang belanja lebih untuk menyiapkan projek yang ditugaskan, jangan teragak-agak untuk menyuarakan keinginan kamu kepada pengurus projek dan lakukan follow-up dari masa ke semasa sehinggalah dia bersetuju.

Jadi lebih berani untuk dapatkan hasil yang bagus dan yang boleh kamu banggakan. Kerana siapa lagi yang akan bersungguh-sungguh memperjuangkan kerjaya kamu sendiri selain diri sendiri?

VVANITA.MY

Loading...