Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kelantan Akui Ketirisan Pungutan...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengakui berlakunya ketirisan dalam pungutan doket...

Undang Padah, Lelaki Halang...

TIDAK mahu ketinggalan kereta api, seorang penumpang lelaki menggunakan kereta sorong dengan bayi...

CEO Dituduh Bawa Keluar...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat biskut tempatan mahu pihak...

Isteri Anggota Sukarelawan Polis...

GUA MUSANG - Isteri kepada seorang anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis...

Cara Mudah Sediakan Sup Brokoli Untuk Si Kecil Anda

SEKARANG ni dah jadi macam kebiasaan bila melihat pasangan berkahwin muda. Ada yang sudah bergelar suami isteri seawal usia 18 tahun. #RelationshipGoals sangat!

Bila sudah menjadi pasangan yang sah, pasti ramai yang berusaha untuk menjadi ibu bapa pula. Kalau diberi rezeki awal, alhamdulillah. Kalau tak, usaha tangga kejayaan chuolls!

Menjadi ibu bapa di usia yang muda bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi berkaitan pemakanan anak, terutamanya berkaitan sayur-sayuran.

Masalah sama dihadapi oleh kebanyakan ibu. Apa kata ubah cara penyediaan masakan tersebut. Mana tahu anak lebih gemarkannya.

Kami kongsikan cara penyediakan sup brokoli yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk si kecil anda.

Antara kebaikannya ialah:

1. Mencegah penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyakit yang menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Kajian dari Institute for Food Research di Norwich mendapati brokoli yang mengandungi glucoraphanin hingga 2 ke 3 kali ganda daripada normal dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Menjaga sistem pencernaan

Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga sistem pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit dan antioksidannya merupakan detoks  yang bertindak sebagai agen pembersih saluran pencernaan.

3. Menjaga kesihatan mata dan kulit

Brokoli juga mengandungi kandungan vitamin A dan lutein yang tinggi untuk memelihara kesihatan mata bayi anda dan mampu mengahalang penyakit berbahaya seperti katarak. Selain itu, terdapat kandungan glucoraphanin yang tinggi juga  membantu menjaga kesihatan kulit agar tidak mudah terkena jangkitan.

Cara penyediaannya pula:

Bahan-bahan:


  • 250gm brokoli | dipotong
  • 100gm bawang besar | dihiris
  • 50gm leek | dihiris
  • 50gm seleri | dihiris
  • 1 helai daun salam (bay leaf)
  • 30ml krim masakan
  • Air rebusan sayur secukupnya
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, leek, seleri dan daun salam sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan brokoli dan kacau rata sehingga masak.

3. Seterusnya masukkan air rebusan sayur dan biarkan mendidih. Sejukkan seketika.

4. Setelah itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan sebati.

5. Kemudian tuangkan ke dalam periuk dan didihkan.

6. Akhir sekali, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.-VVANITA.MY

Kategori